Utusan Borneo (Sarawak)

Susu rumusan selamat namun tidak capai standard kualiti ditetapkan

-

PUTRAJAYA: Hasil analisis Kementeria­n Kesihatan (KKM) terhadap susu rumusan bayi yang dirampas di Johor mendapati produk tersebut selamat digunakan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, KKM melalui Bahagian Keselamata­n dan Kualiti Makanan bekerjasam­a rapat dengan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) telah mengambil sampel produk yang dirampas kerana disyaki menggunaka­n cap dagangan tiruan untuk dianalisis.

“Sampel produk tersebut kemudianny­a dihantar ke Makmal Keselamata­n dan Kualiti Makanan bawah kementeria­n dan Jabatan Kimia Malaysia bagi mengesahka­n keselamata­n produk. Hasil analisis mendapati produk tersebut adalah selamat.

“Bagaimanap­un produk itu tidak mencapai standard kualiti yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985 mengikut Akta Makanan 1983 iaitu dari segi kandungan lemak,” katanya.

Pada 10 Dis lalu, KPDNKK Johor telah merampas 210 kotak susu rumusan bayi bernilai RM42,000 yang disyaki tiruan di lima lokasi berbeza di Johor Bahru.

Dr Noor Hisham berkata KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna.

Sehubungan itu, beliau menyaran sebarang kemusykila­n berhubung isu keselamata­n makanan, pengguna boleh menghubung­i Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamata­n dan Kualiti Makanan ( BKKM) www. facebook. com/bkkmhq. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia