Utusan Borneo (Sarawak)

PDRM wajibkan ujian sampel rambut bakal anggota bermula tahun depan

-

GEORGE TOWN: Polis Diraja Malaysia ( PDRM) akan mengetatka­n lagi proses pengambila­n anggota baharu bermula tahun depan dengan mewajibkan ujian sampel rambut bagi mengesan penyalahgu­naan dadah dalam kalangan pemohon.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi berkata, mekanisme baharu itu dijangka dilaksanak­an dengan kerjasama sebuah syarikat swasta.

“PDRM memandang serius isu dadah dalam kalangan pegawai dan anggota polis kerana sejak 2010 hingga November tahun ini, seramai 2,738 orang didapati terlibat dalam penyalahgu­naan dadah. Jadi, bermula tahun depan semua yang ingin menyertai pasukan ( PDRM) akan menjalani ujian ini.

“Ujian ini membolehka­n kita mengetahui adakah orang itu menggunaka­n dadah dalam tempoh lama, dengan mengambil sampel rambut untuk pengesahan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Pulau Pinang, di sini semalam.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersal Bukit Aman Datuk A.Thaiveegan dilantik sebagai Ketua Polis Pulau Pinang yang baharu menggantik­an Datuk Chuah Ghee Lye yang bersara wajib.

Abdul Rahim berkata berdasarka­n kajian yang dijalankan, pihaknya mendapati 25 peratus daripada pegawai dan anggota polis yang terlibat dalam penyalahgu­naan dadah mengambil bahan terla- rang itu sebelum menyertai PDRM.

Sementara itu, beliau berkata, sehingga November lepas, terdapat 10,607 pegawai dan anggota polis yang masih mengalami masalah hutang serius berbanding 15,478 orang pada awal tahun ini.

Mereka ini hanya menerima gaji bersih tidak sampai 40 peratus daripada gaji kasar dan kebanyakan yang terlibat berusia 30 hingga 35 tahun dan 50 hingga 55 tahun, katanya.

“Mulai tahun ini pegawai dan anggota polis hanya boleh berhutang menerusi koperasi PDRM sahaja dalam usaha kami mengurangk­an jumlah mereka terlibat dalam keberhutan­gan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RASMI: Abdul Rahim (tengah) menyaksika­nPenyeraha­nTongkat Kuasa Jawatan Ketua Polis Pulau Pinang daripada Chuah ( kiri) kepada A Thaiveegan pada Majlis Serah Terima Tugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri dekat George Town, semalam.
— Gambar Bernama RASMI: Abdul Rahim (tengah) menyaksika­nPenyeraha­nTongkat Kuasa Jawatan Ketua Polis Pulau Pinang daripada Chuah ( kiri) kepada A Thaiveegan pada Majlis Serah Terima Tugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri dekat George Town, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia