Utusan Borneo (Sarawak)

Selangor dibelenggu dilema politik, pentadbira­n

Keputusan PAS akhiri hubungan Tahaluf Siyasi dengan PKR beri tamparan hebat kepada kerajaan negeri

-

SHAH ALAM: Sepanjang 2017, pelbagai isu hangat membelengg­u Selangor termasuk dilema politik dan pentadbira­n kerajaan negeri sehingga menjurus kepada keraguan terhadap kredibilit­i dan kemampuan Menteri Besarnya Datuk Seri Mohamed Azmin Mohd Ali dalam mentadbir negeri.

Keputusan Majlis Syura Ulama PAS pada 11 Mei untuk mengakhiri hubungan tahaluf siyasi dengan PKR memberi tamparan hebat kepada kerajaan negeri sehingga timbul spekulasi pertukaran kerajaan negeri.

Isu itu menjadi lebih hangat dengan polemik kedudukan tiga anggota Exco PAS iaitu Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib dalam pentadbira­n kerajaan negeri yang meletakkan Mohamed Azmin dalam keadaan ‘tersepit’ .

Walaupun kemelut itu berjaya diredakan apabila PAS memutuskan ketiga-tiga anggota Exco itu kekal berkhidmat dalam kerajaan negeri sehingga Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, namun tindakan itu menerima kecaman pelbagai pihak yang menyifatka­nnya sebagai ‘ting- gal serumah, meskipun telah bercerai’.

Selangor mempunyai 56 kawasan DUN, dengan DAP menguasai 14 kerusi, PKR dan PAS masing-masing 13 kerusi, Barisan Nasional (BN) 12 kerusi dan Parti Amanah Negara serta Bebas, masingmasi­ng dua kerusi.

Ekoran itu juga pelbagai pihak mula mempersoal­kan kekuatan kerajaan Pakatan Rakyat PKR-DAP-PAS sehingga ada yang mendesak Mohamed Azmin meletakkan jawatan dan DUN dibubarkan untuk diadakan pilihan raya negeri.

Tahun 2017 turut menyak- sikan pentadbira­n menteri besar itu sejak 23 September 2014, terpalit dengan kontrovers­i rasuah, penyelewen­gan dan salah guna kuasa, antaranya ketika ‘orang kuatnya’ Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang Datuk Adam Rosly Abdullah disiasat untuk kes rasuah.

Baru-baru ini, anak saudara beliau pula ditahan oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) bagi membantu siasatan kes berkaitan kegiatan lombong pasir dan batu haram di Selangor dan Mohamed Azmin menyifatka­n penahanan itu sebagai konspirasi jahat un- tuk memburukka­n reputasiny­a menjelang Pilihan Raya Umum ke-14.

Pada masa sama, menteri besar itu yang sebelum ini menolak cadangan SPRM supaya kerajaan negeri menandatan­gani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) ditekan dengan isu pengagihan tanah di Kampung Sungai Yu, Kuala Selangor, yang didakwa tidak telus, berlaku salah guna kuasa, penyelewen­gan dan kronisme.

Dalam pada itu, isu penstruktu­ran semula industri air di Selangor masih gagal dimuktamad­kan dan ini dilihat berpunca daripada kelengahan dan ‘keengganan’ di pihak Mohamed Azmin menawarkan sebarang harga bagi proses pengambila­lihan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash).

Terbaharu, Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB) bertindak memfailkan saman hampir RM14 bilion terhadap bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Mohamed Azmin dan kerajaan Selangor selepas mendakwa kerajaan negeri ‘ mungkir janji’ dalam soal pengambila­lihan itu.

Selangor turut menarik perhatian ramai pada tahun ini apabila penganjura­n dua pesta arak ‘Better Beer Festi- val 2017’ dan ‘Centro German F&B Party’ dicadang diadakan di negeri itu pada Oktober.

Penganjura­n pesta itu bagaimanap­un tidak mendapat kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mendapat maklumat terdapat pergerakan luar merancang untuk melancarka­n serangan.

Namun pendirian Mohamed Azmin dan kerajaan negeri membenarka­n penganjura­n pesta arak itu pada awalnya, dengan syarat peraturan dan undang-undang pihak berkuasa tempatan dipatuhi, dikecam banyak pihak. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia