Utusan Borneo (Sarawak)

PM sementara bukti Tun M diperalat pembangkan­g

-

BERA: Cadangan pembangkan­g untuk menjadikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri sementara jika menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang menunjukka­n beliau sebenarnya tidak diperlukan, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata cadangan itu juga membuktika­n pembangkan­g sebenarnya masih mahu merealisas­ikan hasrat Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menerajui negara.

“Apabila mereka sudah ada Anwar, Dr Mahathir tidak akan berguna lagi..,. Sekadar tunggu sehingga Anwar dibebaskan. Keadaan ini seperti tiada rotan akar pun berguna.

“Saya harap Dr Mahathir sebagai perdana menteri yang pernah memimpin negara selama 22 tahun se- dar bahawa dirinya hanya dipergunak­an,” kata Ismail Sabri yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) kepada pemberita selepas hadir Majlis Tamat Latihan Pelatih GiatMara Bera Sesi 2017 di sini semalam.

Turut hadir ialah Pengarah KKLW Pahang Datuk Mohd A. Aruwan Ab Aziz, Ketua Penolong Pengarah GiatMara negeri Hasdee Hamzah, Pengarah Kemas negeri Ahmad Fakhrul Azman Muhammad Radzi dan Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) negeri Johari Alwi.

Ismail Sabri menambah kata walaupun pemilihan perdana menteri ditentukan oleh parti yang memenangi pilihan raya, perkara itu dilihat boleh menjejaska­n imej Anwar, jika dia membuat rayuan untuk dibebaskan daripada penjara.

“Anwar mungkin men- unggu keampunan Yang Dipertuan Agong untuk dibebaskan, tapi kalau beliau mohon keampunan, secara tidak langsung memberi tanggapan bahawa seolaholah beliau bersalah kerana mengapa mohon ampun jika tidak salah,” katanya.

Kelmarin, sebahagian media yang memetik sumber melaporkan keputusan PKR pada mesyuarat biro politiknya pada 19 Disember lalu secara prinsipnya bersetuju dengan cadangan pakatan harapan untuk menamakan Dr Mahathir sebagai perdana menteri jika berjaya pada PRU14.

Cadangan itu dikatakan mendapat restu daripada Anwar dan dibuat secara bersyarat, antaranya membebaska­n segera Anwar dan melantikny­a sebagai perdana menteri baharu dalam tempoh enam hingga 12 bulan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KEMAHIRAN BELIA: Ismail Sabri menunjukka­n kemahiran beliau mengunting rambut pelajar sekolah yang bakal memasuki sesi persekolah­an 2018 ketika hadir majlis Tamat Latihan Pelajar Giat Mara Bera Sesi 2017 di Bera, semalam.
— Gambar Bernama KEMAHIRAN BELIA: Ismail Sabri menunjukka­n kemahiran beliau mengunting rambut pelajar sekolah yang bakal memasuki sesi persekolah­an 2018 ketika hadir majlis Tamat Latihan Pelajar Giat Mara Bera Sesi 2017 di Bera, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia