Utusan Borneo (Sarawak)

Petugas hotel segera serah AS$5,000 kepada pengurusan

-

LANGKAWI: Seorang petugas pembersiha­n di sebuah hotel di sini yang sedang mengandung tujuh bulan tidak mudah gelap mata apabila menemukan sejumlah wang tunai ketika sedang bertugas.

Siti Nuraminira, 33, petugas di Adya Hotel Langkawi memilih untuk menyerahka­n wang tunai berjumlah AS$ 5,000 ( kira- kira RM20,295) yang dijumpainy­a kepada pengurusan hotel itu Rabu.

Menceritak­an semula peristiwa itu semalam, dia berkata ia berlaku sekitar jam 2 petang ketika sedang mengemas sebuah bilik penginapan yang sebelum itu dihuni oleh seorang pelancong dari Pakistan yang datang bersama keluargany­a.

“Semasa saya mengangkat kain cadar yang digunakan di atas katil bayi dalam bilik itu, saya terjumpa satu sam- pul dan apabila diperiksa, di dalamnya mengandung­i berkeping- keping wang tunai,” katanya.

Tanpa berfikir lama, dia menyerahka­n wang tunai itu kepada penyeliany­a bagi membolehka­n pihak pengurusan memberitah­u pelancong berkenaan yang sudah pun berada di Pakistan, tentang penemuan itu.

Ketika ditanya mengenai situasinya sebaik terjumpa wang itu, Siti Nuraminira berkata beliau l ebih memikirkan mahu mencari rezeki halal dan hasil titik peluh sendiri serta bekerja lama di hotel tersebut.

Katanya, ini bukanlah kali pertama baginya menjumpai wang tunai atau barang berharga yang tertinggal dalam bilik penginapan semenjak bekerja di Hotel Adya Langkawi kira- kira tiga tahun lepas.

“Sebelum ini saya pernah menemukan wang tunai lebih RM1,000, telefon bimbit dan sebagainya, semuanya saya serahkan kepada pihak hotel untuk dikembalik­an kepada pemiliknya. Niat saya hanyalah untuk bekerja dengan amanah,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi PKB Hotel Management & Services Nor Saidi Nanyan berkata sifat amanah Siti Nuraminira dalam menjalanka­n tugasnya menggambar­kan nilai- nilai Islamik yang diamalkan rantaian Hotel Adya yang dimilikiny­a.

“Sebelum ini pun, seorang petugas hotel ini pernah menemukan wang tunai berjumlah RM30,000 dalam bilik penginapan dan kami berjaya mengembali­kannya kepada pemiliknya iaitu seorang pelancong dari China. Kami hanya mengharapk­an keberkatan daripada usaha kami,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? JUJUR: Siti Nuraminira (kiri) menunjukka­n wang tunai berjumlah AS$5,000 (kira-kira RM20,295) yang dijumpainy­a di dalam salah sebuah bilik penginapan hotel itu diserahkan kepada Nor Saidi (empat kanan), Razmi (dua kanan) dan barisan pengurusan hotel itu...
— Gambar Bernama JUJUR: Siti Nuraminira (kiri) menunjukka­n wang tunai berjumlah AS$5,000 (kira-kira RM20,295) yang dijumpainy­a di dalam salah sebuah bilik penginapan hotel itu diserahkan kepada Nor Saidi (empat kanan), Razmi (dua kanan) dan barisan pengurusan hotel itu...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia