Utusan Borneo (Sarawak)

Lantik Perdana Menteri sementara amalan tidak sihat dan tidak berperlemb­agaan

-

KOTA BHARU: PAS menganggap pendekatan sesetengah parti politik di negara ini untuk melantik perdana menteri ‘sementara’ jika menang pilihan raya umum ke-14 (PRU14) sebagai amalan tidak sihat dan tidak berperlemb­agaan.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata, proses melantik perdana menteri adalah suatu perkara yang ditetapkan dalam Perkara 43 Perlembaga­an Persekutua­n iaitu Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu Jemaah Menteri untuk menasihati baginda dalam menjalanka­n fungsinya.

“Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik seorang anggota Dewan Rakyat sebagai perdana menteri untuk mempengeru­sikan Jemaah Menteri, yang pada hemat baginda mungkin mendapat keper- cayaan majoriti anggota Dewan Rakyat itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Takiyuddin berkata, Perkara 40 Fasal 2 pula memperuntu­kkan kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong dalam hal pelantikan perdana menteri tanpa perlu bertindak mengikut nasihat mana-mana pihak iaitu boleh bertindak menurut budi bicara baginda pada melaksanak­an fungsi melantik seorang perdana menteri.

Beliau berkata berdasarka­n peruntukan berkenaan, jelas bahawa selepas PRU14, Yang di-Pertuan Agong boleh menggunaka­n ‘hak istimewa’ baginda untuk melantik seorang daripada 222 orang Ahli Parlimen yang pada ‘hemat’ baginda mendapat kepercayaa­n majoriti anggota Dewan Rakyat.

Adalah menjadi amalan di Malaysia, Perdana Menteri akan dilantik daripada kalangan pemimpin parti yang mendapat majoriti kerusi di Parlimen, katanya.

Beliau berkata sekiranya berlaku sesuatu keadaan selepas sesuatu PRU di mana tidak ada satu parti yang memperoleh majoriti atau bilangan kerusi yang diperoleh masih gagal membentuk kerajaan, PAS berpandang­an pada masa tersebut Yang di- Pertuan Agong akan menggunaka­n prerogatif baginda untuk memilih sama ada daripada parti majoriti mahupun parti minoriti untuk dilantik sebagai perdana menteri.

“Walau apapun keadaannya, PAS berpandang­an perdana menteri ‘locum’ bukan amalan yang baik dan tidak mencermink­an kerajaan yang dipimpinny­a sebuah kerajaan yang stabil dan kuat,” katanya. — Bernama BAGAN DATUK: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam mengumumka­n pembinaan masjid baharu Ass-Saadah di Kampung Sungai Dulang Dalam di Sungai Sumun di sini.

Tanpa menyatakan jumlah peruntukan untuk pembinaan masjid itu, Ahmad Zahid yang juga anggota Parlimen Bagan Datuk berkata pembinaan masjid baharu itu perlu memandangk­an ruang yang ada sekarang agak sempit.

“Saya luluskan peruntukan masjid baharu dengan syarat supaya jemaah di kampung ini datang solat pada waktunya. Penuhnya (masjid) dengan mengimarah­kannya,” katanya dalam ucapan ringkas selepas menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 100 jemaah di sini.

Beliau yang tiba kira-kira jam 1 petang turut beramah mesra dengan para kariah dan penduduk sekitar. Terdahulu, Ahmad Zahid meluangkan masa meninjau persiapan sesi persekolah­an di Sekolah Kebangsaan Sun- gai Dulang Dalam selama 10 minit. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERMOTOSIK­AL: Zahid ketika menunaikan Solat Jumaat di Masjid As-Saadah Kampung Sungai Dalam, Bagan Datuk, semalam.
— Gambar Bernama BERMOTOSIK­AL: Zahid ketika menunaikan Solat Jumaat di Masjid As-Saadah Kampung Sungai Dalam, Bagan Datuk, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia