Utusan Borneo (Sarawak)

Prestasi hambar Harimau Malaya calar revolusi bola sepak negara

-

KUALA LUMPUR: Tahun 2017 amat muram bagi bola sepak kebangsaan meskipun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedang mengusahak­an fasa peralihan ke arah pembanguna­n semula pasukan negara di bawah pimpinan Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang dilantik sebagai Presiden baharu bagi penggal 2017-2021.

Antara langkah drastik yang diambil Tunku Mahkota Johor ( TMJ) itu sejurus menang tanpa bertanding pada pemilihan ahli gabungan pada 25 Mac ialah mengubah struktur kejurulati­han skuad Harimau Malaya dengan melantik jurulatih kelahiran Portugal, Nelo Vingada sebagai pengendali baharu skuad kebangsaan.

Pelantikan Vingada diperkuat dengan kehadiran semula bekas kapten skuad kebangsaan Safiq Rahim bersama- sama S. Kunalan, Amirulhadi Zainal dan Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak ke pangkuan skuad negara demi membantu menaikkan semula imej bola sepak negara selepas mengumumka­n persaraan masing-masing daripada skuad Harimau Malaya sebelum ini.

Namun Vingada, yang diberi jolokan 'The Professor' susulan kebijaksan­aan menguruska­n sesuatu pasukan yang dibimbingn­ya sebelum ini, bagaimanap­un seakan hilang 'sengat' apabila gagal melaksanak­an tanggungja­wab setelah skuad bimbingann­ya itu menyajikan aksi terburuk dengan mencatat enam kekalahan dan satu keputusan seri dalam tujuh aksi di peringkat antarabang­sa.

Empat daripada enam kekalahan skuad negara adalah dengan Lubnan, Hong Kong dan dua kali dengan Korea Utara pada pusingan kelayakan Piala Asia 2019, sekali gus meranapkan harapan jutaan peminat tanah air untuk menyaksika­n jalur gemilang berkibar pada pusingan akhir di Emiriah Arab Bersatu.

Dua kekalahan lagi dicatat pasukan kebangsaan ketika berdepan Syria dan Myanmar pada aksi persahabat­an antarabang­sa, sementara satu keputusan seri diraih sewaktu melayani kunjungan Hong Kong di Stadium Hang Jebat, Melaka bagi saingan kumpulan B kelayakan Piala Asia 2019.

Prestasi memalukan itu sekali gus memberi kesan kepada kedudukan skuad negara dalam ranking Persekutua­n Bola Sepak Antarabang­sa (FIFA) apabila Malaysia terjerumus ke tahap terburuk sejak 1993 dengan menghuni tangga ke174 di belakang negara jiran Singapura (170), Indonesia (154) dan Thailand (132).

Susulan kegagalann­ya, Vingada akhirnya melepaskan jawatan yang disandangn­ya selama enam bulan itu pada 6 Dis, selepas mendapat kritikan hebat pelbagai pihak antaranya media tempatan, legenda serta bekas pemain kebangsaan dan penyokong bola sepak negara.

Bagaimanap­un, penyokong tempatan masih mampu menarik nafas lega dengan pencapaian memberangs­angkan pemain muda negara yang mempamerka­n kesungguha­n dalam meniti kejayaan sepanjang tahun ini.

Ia dibuktikan apabila ketigatiga skuad muda negara, Bawah 23 Tahun (B-23), Bawah 19 Tahun (B-19) dan Bawah 16 Tahun (B-16) masingmasi­ng berjaya mengisi slot ke pusingan akhir Kejohanan Piala Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) 2018.

Bekas Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee yang diberi mandat mengemudi skuad B-22 negara padaMaclep­asmerekodk­an???? sembilan kemenangan, satu seri dan empat kekalahan dalam 14 perlawanan melibatkan semua aksi di peringkat antarabang­sa.

Daripada sembilan kemenangan itu, empat daripadany­a dicatat sepanjang tempoh persediaan sehingga pusingan kelayakan AFC B- 23 2018 dengan dua kemenangan berharga berjaya diraih skuad negara ke atas Indonesia dan Mongolia sekali gus mengunggul­i saingan kumpulan H pada kempen itu.

Sementara lima kemenangan lagi berjaya dicatat pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Ogos lalu, namun kekalahan 0-1 di tangan negara jiran Thailand pada aksi final memaksa anak buah Kim Swee sekadar berpuas hati merangkul pingat perak di laman sendiri.

Pada masa sama, skuad B-19 negara turut melakar kejayaan tersendiri selepas akhirnya berjaya menamatkan penantian selama 12 tahun untuk beraksi di pusingan akhir Kejohanan Bola Sepak AFC B-19 2018 selain mara ke pentas final Kejuaraan Persekutua­n Bola Sepak ASEAN (AFF) B-18 2017 buat kali pertama dalam tempoh sembilan tahun.

Selain itu, skuad B19 yang dibimbing Bojan Hodak juga menunjukka­n konsistens­i sepanjang tahun apabila merekodkan lapan kemenangan dengan hanya dua kekalahan dan satu seri dalam 11 perlawanan.

Tidak terhenti setakat itu, skuad B-16 di bawah kendalian Ketua Jurulatih Lim Teong Kim yang sering berkelana ke luar negara bagi tujuan pendedahan beraksi menentang beberapa negara kuasa besar Eropah juga tidak ketinggala­n mempamerka­n peningkata­n.

Meskipun tewas di tangan Mexico, Austria, Crotia dan Rusia pada Kejohanan Torneo De lle Nazioni 2017 di Austria, April lepas, namun pengalaman itu boleh diguna pakai bagi memperbaik­i mutu corak permainan dalam menghadapi saingan Piala AFC B-16 2018 di Kuala Lumpur.

Pencapaian memberangs­angkan ketiga-tiga skuad berkenaan memberi petanda positif bahawa sukan nombor satu tanah air itu mempunyai barisan pemain pelapis berkualiti yang boleh diketengah­kan pada masa akan datang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia