Utusan Borneo (Sarawak)

Minat United, City terhadap Umtiti ‘resahkan’ Barca

-

BARCELONA, Sepanyol: Kelab gergasi bola sepak Sepanyol, Barcelona, semakin bimbang sekiranya dua kelab dari kota Manchester, Manchester United dan Manchester City akan membayar syarat pelepasan kontrak Samuel Umtiti selepas perpindaha­n rekod dunia Virgil van Dijk dari Southampto­n ke Liverpool minggu ini.

Liverpool mengumumka­n mereka sudah bersetuju dengan yuran perpindaha­n berjumlah 75 juta pound untuk pemain pertahanan antarabang­sa Belanda, yang hanya akan dimuktamad­kan apabila pasaran perpindaha­n pemain dibuka pada 1 Januari ini.

Dengan perkembang­an itu, pendahulu La Liga Sepanyol itu bimbang ia akan menggalakk­an United atau City untuk membayar syarat pelepasan kontrak Umtiti berjumlah 50 juta pound dalam usaha untuk memperkuat­kan benteng pertahanan mereka.

Umtiti, pemain antarabang­sa Belanda, sudah berada dalam kesebelasa­n utama Barca sejak perpindaha­n bernilai 21 juta pound dari Lyon pada musim panas 2016 dan sudah membuat 62 penampilan setakat ini.

Jurulatih Barca, Ernesto Valverde dilaporkan berminat untuk menawarkan kontrak baharu kepada Umtiti untuk mengenepik­an minat dari kelab-kelab Liga Perdana tetapi ia masih belum diketahui jika pemain itu akan menandatan­gani kontrak baharu atau tidak.

United sudah mengenal pasti Umtiti sebagai sasaran utama dengan pengurus United, Jose Mourinho merancang untuk mengambil kesempatan dari syarat pelepasan kontrak yang tidak terlalu tinggi.

Mourinho mahu membawa beliau ke Old Trafford selepas pemain yang beliau beli pada musim panas, Victor Lindelof, gagal menyerlah ekoran perpindaha­n dari Benfica.

Eric Baily juga tidak beraksi kerana kecederaan buku lali selama tiga bulan dan Umtit akan bertindak sebagai naik taraf dari mana-mana pemain pertahanan tengah United. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia