Utusan Borneo (Sarawak)

Apek sasar keputusan positif pada Kejohanan Piala Super Boost SportsFix

-

KUALA LUMPUR: Penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat mengintai keputusan positif pada Kejohanan Bola Sepak Tiga Penjuru Piala Super Boost SportsFix di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 13- 20 Jan depan.

Penjaga gol skuad kebangsaan itu juga yakin rakan sepasukan mampu memberikan persembaha­n cemerlang pada kejohanan berkenaan sebagai motivasi terbaik bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2018 yang dijangka bermula pada Februari depan.

Selain Kelantan, edisi sulung kejohanan berkenaan turut disertai Ratchaburi FC dari Thailand dan Persija Jakarta dari Indonesia.

“Pasukan yang ambil bahagian bukan calang- calang, mereka adalah pasukan terbaik di Indonesia dan Thailand manakala kami dalam persiapan musim baharu.

“Jadi ini juga peluang terbaik menguji keupayaan, keserasian dan persefaham­an dalam pasukan yang rata- ratanya dibarisi pemain muda,” jelas Khairul Fahmi yang dipetik sebagai berkata menerusi kenyataan dikeluarka­n penganjur, Total Sports Asia, kelmarin.

Sehubungan itu, Khairul Fahmi yang lebih mesra dengan panggilan ‘ Apek’ dalam kalangan rakan sepasukan mengharapk­an penyokong skuad ‘ The Red Warriors’ dapat hadir ke Stadium Nasional bagi memberikan sokongan padu kepada pasukan berkenaan.

“Di Bukit Jalil kami menjulang trofi buat kali terakhir iaitu Piala FA pada 2013, saya masih ingat lagi suasana gamat dengan puluhan ribu penyokong Kelantan membanjiri stadium pada ketika itu.

“Jadi saya mengharapk­an penyokong akan hadir berikan sokongan kerana saya percaya mereka sudah begitu lama ‘ merindui’ aksi Kelantan di Bukit Jalil dan suasana yang sama itu berulang biarpun ia cuma kejohanan pemanas badan,” tegas penjaga gol berusia 28 tahun itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia