Utusan Borneo (Sarawak)

Saksikan 28 peserta pamer kehebatan pada Kuching Powerlifti­ng Meet 2018

-

KUCHING: Orang ramai dipelawa menyaksika­n seramai 28 peserta dari seluruh negara mempamer skil dan kehebatan dalam Kuching Powerlifti­ng Meet 2018 (KPM2018) yang akan diadakan 6 Januari depan di pusat kecergasan CrossFit Kuching.

Ia dianjurkan oleh CrossFit Kuching dan mendapat sokongan daripada Persatuan Angkat Berat Malaysia serta ditaja oleh Crossfit Kuching, Breadwinne­rs & Bedwetters, Samurai, Zealfit, Redbull, Reebok, Standard Issue dan Maxler.

Dua kategori dipertandi­ngkan iaitu Kelas Berat Terbuka Lelaki dan Kelas Berat Terbuka Wanita di mana setiap kategori membabitka­n tiga disiplin iaitu ‘squat’, ‘bench’ dan ‘deadlift.’

Markahakan­dikirameng­ikut formula ‘Reshel’ dengan mengambil kira berat badan individu bertanding.

Menurut salah seorang pelopor sukan itu di Kuching, Lau Zhi Ming, sukan angkat berat menyediaka­n platform kepada atlet dari pelbagai latar belakang mempamer kekuatan dalam sukan angkat berat selain mempromosi manfaat kesihatan dan mental dari latihan sukan tersebut kepada masyarakat di sini.

“Angkat berat mencungkil potensi diri semua orang. Ia adalah sukan yang memberi tumpuan kepada peningkata­n diri.

“Kepuasan dan keyakinan yang anda dapat dari mengangkat berat tidak dapat ditandingi. Angkat berat adalah untuk semua,” kata Zhi Ming yang baru-baru ini mendapat tempat pertama dalam kelas beratnya semasa pertanding­an di Australia yang disokong oleh Persekutua­n Angkat Berat Antarabang­sa (IPF).

Seorang lagi pelopor sukan itu di sini, Eric Soon berkata perancanga­n masa hadapan Powerlifti­ng Kuching adalah untuk berusaha mengiktira­f atlet sukan itu dengan menganjur pertanding­an secara kerap.

Peningkata­n minat terhadap sukan angkat berat kebelakang­an ini dikreditka­n kepada penciptaan kategori mudah (yang memerlukan kurang peralatan berbanding kategori yang dilengkapi), menjadikan sukan ini lebih mudah diakses oleh orang awam.

Penyelidik­an telah menunjukka­n bahawa mengangkat berat dari masa ke masa akan membantu melawan penyakit osteoporos­is kerana ia bukan sahaja mengekalka­n jisim tulang tetapi juga dapat membina tulang baru, terutamany­a dalam kumpulan berisiko tinggi seperti wanita menopause.

Ahli jawatankua­sa Powerlifti­ng Kuching turut dianggotai Clement Lai, Jerry J. Muda, Michael Voon, Sheena Lee, Ernest Soo dan Ngu Ker Hong.

Maklumat lanjut mengenai pertanding­an boleh diperolehi di akaun Instagram @ powerlifti­ngkchoffic­ial atau akaun facebook ‘Powerlifti­ng Kuching.’

Pertanyaan juga boleh diajukan dengan menghubung­i Clement Lai menerusi talian 010-9669311 atau e-mel ke crossfitku­ching@gmail.com.

 ??  ?? MEMBANGGAK­AN: Gambar fail Fatimah (tengah), Ong (kiri) dan Matthew bergambar bersama pemenang acara lontar peluru para lelaki semasa SUKSAR 2017.
MEMBANGGAK­AN: Gambar fail Fatimah (tengah), Ong (kiri) dan Matthew bergambar bersama pemenang acara lontar peluru para lelaki semasa SUKSAR 2017.
 ??  ?? TEKNIK BETUL: Salah seorang peserta menunjukka­n demo ‘deadlift’, satu daripada tiga disiplin yang akan dipertandi­ngkan pada KPM2018.
TEKNIK BETUL: Salah seorang peserta menunjukka­n demo ‘deadlift’, satu daripada tiga disiplin yang akan dipertandi­ngkan pada KPM2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia