Utusan Borneo (Sarawak)

SUKSAR berjaya mencungkil ramai atlet OKU berpotensi

-

KUCHING: Sukan Sarawak (SUKSAR) I Kuching 2017 yang melabuhkan tirai pada 17 Disember lalu berjaya mencungkil ramai atlet OKU yang mampu menyinar di kejohanan kebangsaan.

Presiden Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya Negeri Sarawak (PESRON), Matthew Chin mendedahka­n beberapa atlet yang bertanding dalam empat acara sukan semasa kejohanan itu telah membuktika­n kemampuan untuk memenangi pingat di peringkat kebangsaan.

“Penganjura­n SUKSAR telah berjaya mencungkil bakat- bakat baharu atlet OKU ini.

“Malah, beberapa atlet ini menunjukka­n potensi untuk memenangi pingat di peringkat kebangsaan walaupun masih muda dan berusia bawah 18 tahun,” jelas Matthew semalam.

Menurutnya, kelahiran atet-atlet baharu ini memberi petanda baik kerana mereka dapat memastikan Sarawak mengekalka­n kejuaraan pada temasya Sukan Paralimpik 2018 kelak.

Beliau bagaimanap­un berharap penganjura­n SUKSAR akan datang turut menawar- kan pingat dalam acara sukan lain.

“Pada SUKSAR ini hanya dua acara menawarkan pingat iaitu olahraga dan renang.

“Ini perlu diubah pada edisi akan datang kerana atlet Sarawak juga bertanding dalam beberapa acara lain pada Sukan Paralimpik,” tambah Matthew lagi.

Beliau turut memuji penganjura­n SUKSAR yang menjadi platform terbaik kepada atlet OKU memperagak­an bakat masing- masing dan memberi peluang kepada jurulatih memilih atlet berpotensi untuk diserap dalam skuad negeri.

Untuk rekod, Sarawak merupakan juara Sukan Paralimpik sebanyak 12 kali berturut- turut dan menyasarka­n untuk mengekalka­n kejuaraan ke-13 di Perak pada tahun depan.

Sementara itu, Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak, Dato Sri Fatimah Abdullah turut memuji pendekatan Majlis Sukan Negeri Sarawak ( MSNS) dan Perbadanan Sukan Sarawak (PSS) dalam menganjurk­an SUKSAR yang disifatkan- nya strategi berkesan untuk mencungkil atlet pelapis bagi skuad SUKMA dan Paralimpik.

“Saya ingin mengucapka­n terima kasih kepada MSNS dan Pengarahny­a, Dr Ong Kong Swee yang bekerja keras memastikan atlet ini diberi peluang untuk bertanding agar mereka dapat melangkah ke temasya yang lebih besar.

“Usaha ini mendapat sokongan padu dari kerajaan negeri dan kita juga berterima kasih kepada ibu bapa yang banyak berkorban dan menyokong para atlet OKU,” ujar Fatimah ketika ditemui barubaru ini.

SUKSAR dihidupkan semula selepas 27 tahun sebagai landasan memilih atlet untuk mewakili Sarawak pada SUKMA dan Sukan Paralimpik.

Zon Utara merangkul kejuaraan dengan mengutip 78 emas, 59 perak dan 37 gangsa.

Tempat kedua disandang Zon Selatan dengan 68 emas, 54 perak dan 49 gangsa.

Zon Tengah tempat ketiga dengan 23 emas, 46 perak dan 51 gangsa manakala Zon Barat tempat keempat dengan 16 emas, 20 perak dan 24 gangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia