Utusan Borneo (Sarawak)

H melimpah dari dariari Sisa makanan dan sampah di kawasan kopitiam tong sampah terutama reputasi bandar raya sekali gus mencemari makanan. Kuching sebagai syurga

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING begitu indah kerana ia ada sesuatu untuk semua orang, bahkan turut dikenali sebagai Bandar Raya Perpaduan serta menjadi tarikan kerana nilai sejarahnya yang tersendiri termasuk flora dan faunanya.

Malah, bandar raya ini juga sudah membina reputasi sebagai syurga makanan dengan terdapat begitu banyak premis makanan, kafe dan restoran berkelas antarabang­sa.

Akan tetapi, terdapat kawasan tertentu lebihlebih lagi di premis makanan atau kopitiam yang sibuk, masih kotor dengan sisa makanan dan sampah sarap.

Ia ketara terutama di kawasan komersial dan ini dapat dilihat apabila sampah melimpah dari dalam tong sampah yang diletakkan di kawasan kedai makan sekali gus menjejaska­n imej bandar raya ini.

Selain bau busuk, limpahan sampah juga mengundang bahaya kepada kesihatan kerana sampah sarap menarik tikus, haiwan liar dan serangga yang mungkin membawa kepada penularan penyakit berjangkit terutama menerusi nyamuk, lalat dan tikus.

Malah, tabiat buruk orang ramai dan pengusaha kedai turut menyukarka­n usaha pihak berkuasa tempatan (PBT) dan syarikat bertanggun­gjawab ke atas kutipan sampah iaitu Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd (Trienekens) untuk menjaga kebersihan bandar raya ini daripada terus dibanjiri sampah. DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA (DBKU)

Kebersihan persekitar­an bandar raya Kuching sangat ditekankan DBKU selaku salah sebuah PBT yang mentadbir urus bandar raya Kuching.

Sehubungan itu, Datuk Bandar DBKU Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai berkata, pemantauan dilakukan secara rutin termasuk peringatan secara lisan dan notis akan dikeluarka­n kepada pemilik premis yang gagal menjaga kebersihan persekitar­an premis dan juga tidak mematuhi tatacara pembuangan sampah yang betul di premis masing-masing.

“DBKU boleh mengambil tindakan terhadap pemilik premis/ kedai yang tidak menjaga kebersihan persekitar­an terutama kebersihan tong sampah masing-masing dengan mengeluark­an notis,” katanya ketika ditemu bual.

Menurut Abang Abdul Wahap, setiap sebuah/ seunit premis atau kedai diberikan seunit tong sampah (240 liter) daripada Trienekens dan sampah akan diambil sekerap dua kali seminggu dari setiap premis.

Namun, katanya sekiranya pihak pemilik premis atau pekedai memerlukan tong sampah tambahan, mereka perlu berurusan sendiri dengan Trienekens.

Katanya, pada masa ini terdapat 336 premis perniagaan jenis kopitiam di kawasan Kuching Utara. MAJLIS BANDARAYA KUCHING SELATAN (MBKS) MBKS juga sentiasa mengambil berat dan memandang isu kebersihan di bandar raya Kuching dengan serius, meliputi semua aspek yang turut merangkumi premis perniagaan khususnya premis makanan, selari dengan visi majlis yang mahu memastikan Kuching dapat melestarik­an statusnya sebagai Bandar Raya Sihat.

Sehubungan itu, Datuk Bandar MBKS Datuk James Chan berkata pihaknya melaksanak­an banyak dasar menerusi Jawatankua­sa Kesihatan Awam dan Pelesenan selain program inisiatif seperti penyapuan harian, pembersiha­n parit yang kerap dan Khidmat Permintaan Kutipan Tambahan (ACR) untuk mencapai objektifny­a.

Ini disokong oleh pemeriksaa­n rutin yang kerap oleh pegawai kesihatan selain pendidikan kesihatan oleh Unit Makanan Majlis untuk memastikan premis makanan di Kuching menepati standard dan patuh kepada syarat pelesenan majlis.

“Pada umumnya, bandar raya Kuching sememangny­a terkenal kerana kebersihan­nya. Bagaimanap­un, sama seperti mana-mana bandar raya lain di dunia, ruang tetap ada untuk menambah baik terutama dari segi kebersihan kedai di kawasan perniagaan tertentu.

“Untuk memastikan Kuching setanding dengan bandar raya lain yang bersih di dunia, terutama di Jepun dan Taiwan, warga Kuching mesti terlebih dahulu mengubah pola pemikiran mereka serta berbangga dan menyayangi Kuching sebagai tanah air mereka selari dengan cogan kata ‘Bandar Rayaku, Tempat Tinggalku’ (My City, My Home),” katanya juga ketika ditemu bual.

Justeru, Chan berkata ia tidak harus berada dalam situasi di mana MBKS asyik menjalanka­n kerja pembersiha­n tetapi orang tidak bertanggun­gjawab asyik membuang sampah, sehinggaka­n isu ini tidak akan berakhir.

Tegasnya, semua orang boleh sama-sama menjalanka­n usaha, tidak kira betapa kecil untuk menjaga kebersihan persekitar­an bagi memastikan bandar raya Kuching adalah tempat yang selamat, bersih dan indah.

“Majlis sendiri, tanpa sokongan semua pihak, baik rakyat jelata mahupun pelbagai persatuan dan komuniti perniagaan, tidak dapat mengangkat bandar raya Kuching untuk mencapai standard dunia kerana untuk mencapai status bandar raya bersih memerlukan komitmen dan kerjasama sepenuhnya daripada semua pihak,” katanya.

Menurut Chan, di bawah UndangUnda­ng Kecil PBT (Kebersihan) 1999, terdapat peruntukan yang memadai bagi pegawai penguatkua­saan majlis untuk mendenda pesalah yang membuang sampah sesuka hati.

Bagaimanap­un, katanya MBKS sentiasa memilih pendekatan mesra, contohnya memberi nasihat atau amaran lisan terlebih dahulu sebelum mengeluark­an notis bertulis. Mendenda pesalah adalah tindakan terakhir bagi majlis. TRIENEKENS

Manakala, Ketua Pegawai Operasi Trienekens Alice Lee berkata pihaknya sekarang memberi khidmat kepada lebih 600,000 populasi domestik dengan purata kutipan harian 500 tan metrik bagi sampah perbandara­n di Kuching (di bawah bidang kuasa DBKU, MBKS dan Majlis Perbandara­n Padawan (MPP), selain beberapa kawasan di bawah Majlis Daerah Serian (MDS) iaitu Siburan, Beratok dan Tapah.

Beliau turut mendedahka­n bahawa jumlah sisa sudah meningkat sekian lama tetapi tidak signifikan atau konsisten, disebabkan populasi keseluruha­n di Kuching sudah berkembang selama ini.

“Pada 2010, purata kutipan sampah perbandara­n di bandar raya Kuching adalah kirakira 450 tan metrik sehari.

“Ini meningkat perlahan-lahan selama ini (sebanyak kira-kira 10 tan metrik setahun) sebelum ia menjadi stabil pada purata kira-kira 500 tan metrik sehari pada 2015 sehingga sekarang,” katanya.

Justeru, Pengurus Jabatan Operasi Logistik Trienekens Halix Kuyong berharap orang ramai khususnya pengusaha premis makanan akan mengubah pola pemikiran mereka dan sentiasa memastikan persekitar­an adalah bersih daripada sisa makanan dan sampah.

Beliau menambah, pengusaha komersil juga perlu memainkan peranan lebih aktif untuk menjaga kebersihan kawasan dan tidak membiarkan tong sampah melimpah dan sampah bertimbun di belakang kedai mereka.

“Kami menggesa orang ramai bekerjasam­a dengan kami bagi memastikan Kuching sentiasa bersih,” katanya yang turut merayu kepada orang ramai lebih

mengambil berat tentang pengurusan sampah dan membuang sampah mereka dengan baik. TONG SAMPAH

Semua entiti perniagaan seperti kedai di bandar raya Kuching, sama ada kawasan di bawah bidang kuasa MBKS atau DBKU, masing-masing diperuntuk­kan dengan satu unit tong sampah 240 liter yang beroda oleh Trienekens.

Bagi premis persendiri­an yang besar, tong sampah beroda dengan kapasiti yang lebih besar diberikan, contohnya tong sampah 660 liter dan 1,000 liter yang beroda.

PBT akan memutuskan atau meluluskan peruntukan bagi tong sampah (yang dimasukkan ke dalam kadar taksiran pintu) bagi rumah kedai berdasarka­n garis panduan dalam majlis sendiri.

Jika jumlah atau saiz tong sampah atau kekerapan kutipan sampah didapati tidak mencukupi bagi sesebuah premis perniagaan, ia adalah tanggungja­wab pemilik kedai atau pengusaha komersil untuk memohon tong sampah tambahan atau khidmat kutipan sampah tambahan menerusi PBT, dengan bayaran tertentu.

Selepas PBT meluluskan permohonan, mereka akan memberi Trienekens arahan/ notifikasi yang perlu untuk menyelaras­kan lagi tong sampah tambahan atau khidmat kutipan dengan entiti itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia