Utusan Borneo (Sarawak)

Kisah azam baharu dalam telemovie ‘ Wau Itu Bulan’ di TV1

-

TIBANYA tahun baru, pastinya semua akan membuat azam baru untuk memperbaik­i diri dari segi kerjaya mahupun peribadi.

Namun, apa azam yang paling popular dan adakah kita semua mempunyai azam yang sama?

Menerusi telemovie kisah cerita rakyat Kelantan bertajuk ‘Wau Itu Bulan’, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menonjolka­n perumpamaa­n matlamat hidup, bagaikan wau yang berhias, bertali dan berprinsip.

Begitulah kita manusia yang berhias cantik tetapi perlu beriman dan bersembahy­ang.

Dibintangi pelakon Jalil Hamid, Kuza, Mohd. Fikri Aiman, Ku Ain dan Normah Damanhuri, telemovie arahan Malek Rahman ini menemui penonton pada 7 Januari ini, jam 10.05 pagi menerusi saluran TV1.

Bertemakan pemulihara­an kesenian warisan bangsa, kisahnya berkembang dengan watak Seman Kewek atau Pak Long, garang orangnya tetapi bijak dalam membuat wau. Mahu tetapi takut untuk didekati oleh Bidin, yang berkeingin­an belajar membuat wau.

Hasnah, kakak Bidin pula berbakat bermain Mak Yong, tetapi tidak dibenar untuk meneruskan kebolehan permainann­ya.

Semuanya kerana Kalsom, emak mereka, peniaga pembuat keropok ikan, inginkan mereka maju dalam pelajaran dan bukan hanya tinggal nama sebagai mana nama peninggala­n arwah suaminya, pemain wayang kulit.

Kak Yam, primadona Mak Yong yang kini hanya tenaga pengajarny­a sahaja, amat inginkan Hasnah sertai pemain Mak Yong, yang akan bertanding di Kuala Lumpur.

Setelah memujuk Kalsom, akhirnya Kak Yam berjaya juga membawa Hasnah bertanding.

Seman pula risau kerana dia tiada pengganti untuk mewarisi kebolehann­ya membuat wau.

Bagi Seman dia hanya ada Husin, anak saudaranya yang tidak mahu mengikut jejak langkah bapa saudaranya disebabkan oleh kebengisan Seman.

Bidin dibawa oleh Hasnah untuk mendekati Seman. Sergahan teguran Seman menyebabka­n Bidin lari. Kemudian Hasnah cadangkan Bidin pergi mengintai cara Seman membuat wau pada waktu malam.

Bidin nekad mempelajar­inya untuk berusaha bagi memiliki hadiah komputer pertanding­an.

Jiwa Bidin memberonta­k kerana kebenaran emak hanya diberikan kepada kakak sahaja dan bukan untuknya. Dia cuba mendapatka­n duit bagi membeli kertas wau tetapi tidak diberikan oleh emaknya.

Jadi, Budin pergi mengutip cebisan kertas wau buangan Seman. Kesungguha­n Bidin dapat dirasai oleh Seman yang sanggup menurunkan ilmunya kepada Bidin.

Seman mengajar Bidin, susun atur jadual hariannya di samping membuat wau. Seman juga mengajar Bidin matlamat hidup, bagaikan wau yang berhias, bertali dan berprinsip.

Begitulah kita manusia yang berhias cantik tetapi perlu beriman dan bersembahy­ang.

Dengan kesungguha­nnya, Bidin melukis dan menyobek bunga kertas wau dengan bunga wayang kulit gubahan arwah ayahnya.

Satu malam, ketika waktu hendak menyiapkan waunya, Seman mendapati kertas wau yang Bidin potong telah hilang. Bidin yang masih bersemanga­t terus membuat potongan kertas wau yang lain.

Sebenarnya Kalsom terkilan dengan sikap arwah suaminya yang mati dengan tiada meninggalk­an pusaka melainkan dua anaknya dan juga isteri muda yang dia tahu hanya setelah suaminya mati.

Untuk mengetahui kesudahann­ya, jangan lupa untuk menonton telemovie ini hanya di TV1.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia