Utusan Borneo (Sarawak)

PBB larang empat kapal Korea U masuk pelabuhan antarabang­sa

-

PERTUBUHAN BANGSABANG­SA BERSATU (PBB): Majlis Keselamata­n PBB kelmarin menolak akses pelabuhan antarabang­sa bagi empat buah kapal Korea Utara yang disyaki membawa atau pernah mengangkut barang yang dilarang oleh sekatan antarabang­sa ke atas Pyongyang, kata diplomat kepada AFP.

Larangan ke atas empat kapal tersebut - Ul Ji Bong 6, Rung Ra 2, Sam Jong 2 dan Rye Song Gang 1 – menjadikan jumlah keseluruha­n kapal yang disekat oleh PBB sebanyak lapan buah. Amerika Syarikat (AS) memohon larangan terkini bersama langkah yang menyasari kapal yang didaftarka­n di negara lain, kata diplomat yang enggan dikenali.

Namun China hanya bersetuju untuk menyasari keempat-empat kapal yang mengibarka­n bendera Korea Utara, kata diplomat, sebagai sebahagian daripada usaha antarabang­sa untuk membendung program nuklear dan misil Pyongyang.

“Hanya empat buah kapal sudah diterima” untuk larangan itu tetapi “prosedur masih terbuka” untuk merangkumi kapal lain pada masa depan, kata seorang diplomat.

Senarai yang dikemukaka­n oleh AS pada Disember lalu turut merangkumi kapal yang mengibarka­n bendera dari Belize, China, Hong Kong, Palau dan Panama.

Sejurus sebelum keputusan Majlis itu, Presiden AS Donald Trump – yang sering memuji usaha China untuk memberikan tekanan ke atas Korea Utara – mengkritik Beijing dengan tajam kerana gagal memotong bekalan minyak kepada Pyongyang. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia