Utusan Borneo (Sarawak)

Mangsa, kebanyakan­nya wanita muda, hadiri majlis hari jadi di atas bumbung mati akibat sesak nafas

-

MUMBAI: Sekurangku­rangnya 14 orang maut apabila kebakaran besar memusnahka­n sebuah restoran popular di Mumbai pada awal semalam, kata polis, dalam bencana terbaharu yang menimbulka­n kebimbanga­n mengenai keselamata­n api di India.

Kebanyakan mangsa adalah wanita muda yang menghadiri satu majlis hari jadi di atas bumbung ketika kebakaran berlaku. Doktor berkata mereka meninggal dunia kerana kelemasan, dipercayai ketika mereka cuba lari dari bangunan yang terbakar.

Media tempatan melaporkan sebuah siling palsu telah runtuh dalam bangunan empat tingkat tersebut di ibu kota kewangan India, dan memerangka­p orang di dalam ketika mereka cuba meloloskan diri.

Kebakaran dipadam pada awal pagi tetapi seorang pemberita AFP di tempat kejadian berkata bumbung di mana majlis diadakan telah musnah dalam kejadian itu, dengan baldi ais dan bekas abu rokok yang rentung dan bertaburan di merata-rata tempat.

“Seramai 14 orang meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami mereka dan mangsa-mangsa lain sudah dibenarkan pulang dari hospital KEM. Kebanyakan kematian disebabkan oleh kelemasan,” kata Avinash Supe selaku dekan hospital tempatan KEM kepada AFP.

Polis berkata mereka sedang menyiasat punca kebakaran, dan sudah memfailkan kes awal terhadap pemilik restoran.

Sebelas mangsa merupakan tetamu wanita ke majlis berkenaan, menurut pihak berkuasa.

Seorang wanita yang menyatakan dia berada dalam bangunan pada waktu kejadian menceritak­an tentang suasana terdesak ketika orang cuba menyelamat­kan diri.

“Satu kejadian rempuhan berlaku dan seseorang menolak saya,” kata Sulbha Arora dalam Twitter.

“Orang berlari di atas saya walaupun ketika siling di atas saya sedang runtuh dalam kebakaran. Masih tidak tahu bagaimana saya berjaya keluar dengan hidup. Ada kuasa yang ternyata melindungi saya.”

Kebakaran yang tidak disengajak­an biasa berlaku di India disebabkan oleh standard keselamata­n yang buruk dan penguatkua­saan peraturan sedia ada yang longgar.

Kebakaran memusnahka­n sebuah kedai gula-gula di Mumbai pada awal bulan ini, yang menyebabka­n keruntuhan sebuah bangunan yang mengorbank­an 12 pekerja yang sedang tidur.

Pada September lalu, sebuah silinder gas meletup dalam sebuah bangunan yang belum siap di Mumbai dan mengorbank­an enam orang.

Bencana sedemikian khususnya biasa berlaku di Mumbai, di mana jutaan tinggal dalam hartanah yang sempit dan usang disebabkan oleh sewa tinggi.

Aktivis berkata pembina dan pemilik rumah sering mengetepik­an keselamata­n untuk menjimatka­n kos.

Rakaman televisyen bagi bencana terbaharu menunjukka­n enjin bomba dan pasukan kecemasan bergegas ke tempat kejadian ketika bangunan dijilat api dan kepulan asap hitam naik ke langit malam.

Anggota bomba Sanjay Hiwarle memberitah­u pemberita, kebakaran berjaya dikawal pada waktu malam dan “operasi penyejukka­n” sedang dijalankan.

Restoran berkenaan terletak dalam perkaranga­n Kamala Mills di bandar raya, yang turut menempatka­n hotel dan pejabat.

Beberapa organisasi media turut menggunaka­n bangunan itu dan sekurang-kurangnya tiga saluran berita kebangsaan terjejas disebabkan oleh kebakaran itu, termasuk Times Now dari rangkaian Times serta saluran-saluran Mirror Now dan ET Now.

Perdana Menteri India Narendra Modi tweet bahawa beliau “sedih sekali dengan kebakaran yang berlaku di Mumbai”.

“Fikiran saya bersama keluarga yang mengalami kehilangan pada waktu yang menyedihka­n ini. Saya berdoa agar mereka yang cedera pulih dengan cepat,” katanya. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? MARAK: Anggota bomba cuba memadamkan kebakaran di sebuah restoran popular di Mumbai pada awal semalam.
— Gambar Reuters MARAK: Anggota bomba cuba memadamkan kebakaran di sebuah restoran popular di Mumbai pada awal semalam.
 ?? — Gambar AFP ?? MAUT: Mayat seorang wanita diusung keluar dari sebuah restoran popular yang musnah dalam kebakaran di Mumbai pada awal semalam.
— Gambar AFP MAUT: Mayat seorang wanita diusung keluar dari sebuah restoran popular yang musnah dalam kebakaran di Mumbai pada awal semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia