Utusan Borneo (Sarawak)

Kes dron: Myanmar bebas wartawan S’pura dan M’sia

-

NEW YORK: Kebakaran memusnahka­n sebuah bangunan pangsapuri di Bronx kelmarin, membunuh sekurangku­rangnya 12 orang, termasuk seorang bayi, dan menyebabka­n empat lagi nyawa- nyawa ikan dalam kebakaran paling berdarah sejak beberapa dekad lalu di New York.

Kebakaran berlaku sekitar jam 6.51 malam (waktu tempatan) di sebuah bangunan 25 pangsapuri dekat Zoo Bronx, salah satu tarikan pelancong paling popular di ibu kota kewangan Amerika Syarikat (AS).

Seorang bayi berusia setahun turut maut manakala sukarelawa­n Palang Merah membahagik­an selimut dan pekerja kecemasan mendirikan pusat pelindunga­n sementara di sebuah sekolah berdekatan pada malam yang sangat sejuk.

Penghuni yang menangis bercerita tentang bagaimana mereka mendengar jeritan “api, api” dalam bangunan dan bergegas untuk keluar dari bangunan, sambil menempuh asap dengan hanya sehelai sepinggang, pada malam di bawah suhu beku.

Datuk Bandar Bill de Blasio menyifatka­nnya sebagai “tragedi yang tidak terkata”, di tengah- tengah musim percutian ketika keluarga mengadakan pertemuan, dan bandar raya yang mempunyai 8.5 juta penduduk itu meraikan perayaan Natal dan Tahun Baharu.

“Pada malam ini di Bronx, terdapat keluarga yang terpisah. Ini adalah tragedi kebakaran terburuk pernah kita lihat di bandar raya ini dalam tempoh sekurangku­rangnya sesuku abad,” kata de Blasio.

“Saya dengan dukacita melaporkan 12 warga New York sudah terkorban, termasuk seorang bayi semuda satu tahun,” katanya kepada pemberita selepas anggota bomba memadamkan kebakaran.

“Empat orang cedera parah dan sedang bertarung nyawa, selain kecederaan serius lain,” ujarnya.

Kebakaran bermula di tingkat satu and merebak dengan cepat menerusi tangga lima tingkat di Prospect Avenue, dan anggota bomba berada di tempat kejadian dalam masa tiga minit, kata ketua jabatan Daniel Nigro kepada pemberita.

Rakaman televisyen menunjukka­n anggota bomba mengeluark­an penghuni yang panik ke tempat selamat dari satu tangga keselamata­n kebakaran.

Dua mangsa yang maut dijumpai dalam tab mandi yang penuh air, di mana mereka dipercayai mencari perlindung­an daripada kebakaran, media AS melaporkan.

Nigro berkata ia “masih terlalu awal” untuk membuat kenyataan mengenai punca kebakaran itu.

Sekurang- kurangnya 12 orang berjaya diselamatk­an tetapi kerja memeriksa bangunan diteruskan, dan bilangan kematian mungkin akan meningkat, kata datuk bandar.

“Tragedi ini, tidak syak lagi, adalah bersejarah dalam keseriusan­nya. Kita bersimpati dengan setiap keluarga yang kehilangan orang tersayang di sini dan semua orang yang bertarung nyawa,” kata Nigro.

“Orang mati di beberapa tingkat, usia mereka daripada setahun hingga lebih 50 tahun,” ujarnya.

“Dalam jabatan yang sudah tentunya tidak asing kepada tragedi, kami tetap terkejut dengan kehilangan ini.” — AFP YAMETHIN: Wartawan asing dan tempatan yang dipenjara kerana menerbangk­an sebuah dron dekat parlimen Myanmar dibebaskan semalam setelah menghabisk­an masa selama dua bulan dalam penjara, satu kes yang meningkatk­an lagi kebimbanga­n mengenai iklim yang semakin bahaya bagi pemberita di negara itu.

Lau Hon Meng dari Singapura dan Mok Choy Lin dari Malaysia menjalanka­n tugasan untuk badan penyiaran kerajaan Turki TRT ketika mereka ditahan pada hujung Oktober lalu bersama wartawan dari Myanmar Aung Naing Soe dan pemandu Hla Tin.

Kru tersebut sedang membuat penggambar­an bagi satu dokumentar­i di ibu negara Myanmar, Naypyidaw.

Menyangkak­an mereka akan dikenakan denda, mereka mengakui menerbangk­an dron berkenaan tetapi sebaliknya dijatuhi hukuman penjara selama dua bulan di bawah akta pesawat Myanmar.

Pada pagi semalam, kumpulan tersebut dibebaskan dari penjara ke utara ibu negara selepas mahkamah menggugurk­an tuduhan tambahan yang membawa hukuman penjara antara tiga hingga lima tahun lagi.

“Semua mereka dibebaskan pagi tadi pada jam 7.00 pagi dari penjara Yamethin,” kata peguam, Khin Maung Zaw, kepada AFP.

Beliau menambah, dua wartawan asing berkenaan dibawa terus ke lapangan terbang antarabang­sa Yangon untuk penerbanga­n keluar dari negara itu, manakala dua warga Myanmar sendiri sudah disatukan semula dengan keluarga masing-masing.

Aung Naing Soe, pembe- rita tempatan yang meraikan hari jadinya yang ke-27 di dalam penjara, berkata beliau berharap wartawan lain yang ditahan di Myanmar juga akan dibebaskan tidak lama lagi.

Sekurang- kurangnya 11 pemberita sudah ditangkap di bekas negara yang diperintah oleh junta itu pada 2017.

Beberapa pemberita sudah dibebaskan tetapi dua wartawan Reuters masih dalam tahanan dan berdepan dengan hukuman penjara selama 14 tahun di bawah Akta Rahsia Rasmi yang zalim dari era penjajah kerana didakwa memiliki dokumen sulit.

Wa Lone, 31, dan Kyaw Soe Oo, 27 – dua warga Myanmar yang telah membuat liputan untuk agensi berita berkenaan mengenai operasi tentera ke atas masyarakat Muslim Rohingya – ditangkap dua minggu lepas setelah mereka dijemput untuk makan malam bersama polis.

Mereka ditahan reman selama dua minggu lagi setelah pertemuan semula yang emosional bersama ahli keluarga di satu pendengara­n mahkamah yang ringkas Rabu lepas – kali pertama dua pemberita itu diberikan akses kepada ahli keluarga, rakan sekerja atau peguam.

“Saya juga berharap dan menuntut agar kes lain yang sama seperti kami akan dibebaskan,” kata Aung Naing Soe kepada AFP, dan menambah pihak berkuasa belum memulangka­n telefon, komputer atau dron krunya.

Penangkapa­n kru TRT berlaku ketika hubungan semakin tegang berbanding selama ini di antara Myanmar dengan Turki, selepas presidenny­a menyelar negara majoriti penganut Buddha itu di atas penindasan­nya ke atas masyarakat Muslim Rohingya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia