Utusan Borneo (Sarawak)

Polis tembak mati dua disangka lelaki bersenjata

-

MANILA: Polis Filipina telah membunuh dua orang, termasuk seorang wanita dalam perjalanan ke hospital, yang disangka lelaki bersenjata, kata pihak berkuasa semalam, kematian terbaharu di tangan penguat kuasa undang-undang bawah Presiden Rodrigo Duterte.

Insiden itu berlaku pada malam kelmarin apabila polis dipanggil ke sebuah bandar pinggir Manila ekoran satu kejadian tembakan sebelum itu sewaktu satu pergaduhan di antara penduduk.

Namun mereka menembak dengan silap sebuah van yang mereka sangka membawa si penembak tetapi sebenarnya membawa seorang wanita yang cedera dalam insiden itu ke hospital, kata ketua polis daerah Superinten­den Kanan Moises Villaceran.

“Polis kita sangka ini adalah antara orang yang melepaskan tembakan sebelum itu,” kata Villaceran kepada pemberita.

Video insiden itu, yang ditayangka­n menerusi televisyen tempatan, menun- jukkan anggota polis, yang mengacukan pistol, mengelilin­gi van tersebut apabila bunyi tembakan bergema.

Laporan awal menunjukka­n dua orang maut manakala dua lagi cedera, kata seorang penolong Villaceran dalam pasukan polis kepada AFP semalam.

Sembilan anggota polis yang terlibat dalam kejadian tembakan itu sedang ditahan sementara menunggu siasatan, kata polis.

Kejadian tembakan yang membawa maut itu berlaku ketika Duterte melancarka­n perang kejam ke atas jenayah dadah, dengan secara terbuka menggesa polis untuk membunuh suspek dan berikrar untuk melindungi mereka daripada liabiliti undang-undang dalam insiden sedemikian.

Perangkaan kerajaan menunjukka­n hampir 4,000 “personalit­i dadah” sudah dibunuh oleh polis kerajaan dalam kempen antidadah Duterte sejak beliau memegang kuasa pada pertengaha­n 2016.

Kumpulan hak asasi manusia mendakwa ribuan lagi telah dibunuh oleh sukarelawa­n yang samar-samar. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BERNASIB MALANG: Pegawai penyiasat memeriksa mayat seorang lelaki selepas polis Filipina membunuh dua orang, termasuk seorang wanita dalam perjalanan ke hospital, yang disangka lelaki bersenjata, di Manila semalam.
— Gambar AFP BERNASIB MALANG: Pegawai penyiasat memeriksa mayat seorang lelaki selepas polis Filipina membunuh dua orang, termasuk seorang wanita dalam perjalanan ke hospital, yang disangka lelaki bersenjata, di Manila semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia