Utusan Borneo (Sarawak)

George Weah menang mudah dalam pemindahan kuasa demokratik pertama di negara bergolak itu

-

MONROVIA: Bekas bintang bola sepak George Weah diumumkan sebagai pemenang pilihan raya presiden di Liberia kelmarin, selepas dengan mudah menewaskan pencabarny­a dalam pemindahan kuasa demokratik pertama di negara itu sejak tujuh dekad lalu yang dicemari perang saudara, pembunuhan politik dan krisis Ebola.

Selepas hampir semua undi dikira, Presiden Suruhanjay­a Pilihan Raya Negara (NEC) Jerome Korkoya berkata keputusan muktamad akan dikeluarka­n Jumaat (waktu tempatan), tetapi Weah tidak membuang masa untuk menuntut kemenangan­nya.

“Rakyat Liberia sekalian, saya amat merasai emosi seluruh negara. Saya mengukur kepentinga­n dan tanggungja­wab tugasan begitu mencabar yang saya terima pada hari ini. Perubahan akan berlaku,” beliau menyebut dalam Twitter.

Ratusan penyokongn­ya keluar beramai-ramai di Monrovia untuk bernyanyi, menari dan memeluk satu sama lain selepas berita tentang kemenangan­nya tersebar.

“Saya tidak pernah begitu gembira dalam hidup saya. Kami menjadi pembangkan­g selama 12 tahun. Kami akan mencipta sejarah, seperti apa yang dibuat oleh anak-anak Afrika Selatan. Saya begitu teruja,” kata Josephine Davies selaku naib presiden bahagian pemuda dalam Kongres bagi Perubahan Demokratik pimpinan Weah.

“Kami sudah menunggu selama 12 tahun, sekarang kuasa akan diberikan kepada rakyat.”

Weah, 51, bakal menggantik­an Ellen Johnson Sirleaf, yang mengambil alih kuasa pada 2006 sebagai peneraju kerajaan negara barat Afrika itu yang ditubuhkan untuk hamba yang dibebaskan.

NEC berkata Weah memenangi 61.5 peratus daripada undi dalam pemilihan pusingan kedua pada Selasa lepas, setelah ia ditangguhk­an selama beberapa minggu ekoran cabaran undang-undang dari calon lawannya, Naib Presiden Joseph Boakai, selepas pusingan pertama pada Oktober lalu.

NEC berkata selepas 98.1 peratus daripada keseluruha­n undi selesai dikira, Boakai hanya mendapat 38.5 peratus sahaja sokongan.

Sebelum pengumuman keputusan kelmarin, anggota polis bersenjata dan bertopi keselamata­n ditugaskan di luar ibu pejabat badan pilihan raya manakala penyokong Weah berhimpun dan mula bergembira.

“Rakyat Liberia jelas sudah membuat pilihan mereka, dan bersama kita sangat yakin dengan keputusan proses pilihan raya ini,” tweet Weah sebelum keputusan rasmi diumumkan.

Pejabat Sirleaf berkata ia sudah menubuhkan sebuah pasukan “untuk pengurusan yang baik dan pemindahan kuasa eksekutif yang teratur daripada seorang presiden yang dipilih secara demokratik kepada seorang lagi”, dan menambah ia turut dianggotai beberapa menteri. — AFP SINGAPURA: Empat lelaki Singapura semalam didakwa berhubung skandal yang melibatkan kontrak bagi metro bernilai hampir SG$ 10 juta, masalah terbaharu yang dialami rangkaian kereta api di hab kewangan itu.

Pendakwaan ke atas kumpulan itu, termasuk pekerja sekarang dan lama pengusaha metro SMRT, berlaku selepas siri kerosakan kepada sistem kereta api dan satu perlanggar­an yang mencederak­an puluhan mangsa.

Kemalangan itu telah menimbulka­n kemarahan di negara itu di mana pengangkut­an awam biasanya efisien dan kebanyakan­nya bergantung kepada bas dan kereta api kerana harga kereta adalah antara yang tertinggi di dunia.

Tiga daripada empat lelaki yang terbabit dalam skandal terbaharu gagal untuk mendedahka­n kepentinga­n mereka dalam dua syarikat kejurutera­an yang telah dianugerah­kan dengan kontrak dari SMRT berjumlah SG$9.8 juta (RM29.4 juta), kata biro antirasuah.

Kesalahan didakwa dilakukan antara 2007 hingga 2012, kata biro tersebut, yang menambah lelaki terbabit sudah didakwa di bawah undang-undang yang melarang penipuan.

Dua lelaki tersebut, Jamalludin Jumari, 61, dan Zakaria Mohamed Shariff, 52, merupakan bekas pekerja SMRT dan masing-masing menghadapi 28 pertuduhan.

Zulkifli Marwi, 52, masih bekerja di syarikat kereta api terbabit sebagai pengurus landasan dan menghadapi 24 pertuduhan.

Akbar Ali Tambishahi­b, 59, seorang pengarah syarikat yang menganuger­ahkan kontrak berkenaan, menghadapi 28 pertuduhan.

Jika disabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara selama 10 tahun bagi setiap pertuduhan.

“Biro Siasatan Amalan Rasuah memandang serius sebarang amalan rasuah dan tidak akan teragak- agak untuk mengambil tindakan ke atas mana- mana pihak yang terlibat dalam perbuatan sedemikian,” biro itu menyebut dalam satu kenyataan.

Pada Oktober lalu, khidmat kereta api di atas landasan utama dihentikan selama 20 jam apabila sebuah terowong bawah tanah banjir.

Pada bulan lepas, 36 orang cedera dalam satu perlanggar­an kereta api.

Syarikat pelaburan gergasi kerajaan Temasek mengambil alih pemilikan sepenuhnya ke atas SMRT pada tahun lepas, dan mengeluark­annya daripada penyenarai­an dalam bursa saham Singapura, dalam usaha untuk memperbaha­rui syarikat. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? RAI: Penyokong meraikan pengumuman Weah sebagai pemenang pilihan raya presiden Liberia di Monrovia, kelmarin.
— Gambar Reuters RAI: Penyokong meraikan pengumuman Weah sebagai pemenang pilihan raya presiden Liberia di Monrovia, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia