Utusan Borneo (Sarawak)

Letupan nekad IS sasar Muslim Syiah di Kabul, 41 maut

-

KABUL: Lebih 40 orang maut dan puluhan lagi cedera dalam satu letupan nekad yang menyasari Muslim Syiah di Kabul kelmarin, kata pegawai, dengan keadaan huru-hara di beberapa buah hospital di kota tersebut manakala keluarga yang kesedihan mencari orang tersayang.

Kumpulan Muslim Sunnah, Daesh (IS), mengaku bertanggun­gjawab bagi serangan mengerikan itu ke atas pusat kebudayaan Tabayan yang pro-Iran, serangan berdarah ketiga yang diakui dilakukann­ya di ibu kota Afghan pada bulan ini.

Seramai 100 orang berhimpun di pusat tersebut untuk memperinga­ti ulang tahun ke-38 penceroboh­an Soviet ke atas Afghanista­n. Ia terletak di barat Kabul, dalam bangunan yang sama dengan Agensi Suara Afghan (AVA), sebuah saluran media anti-IS.

“Perangkaan terbaharu yang kita ada daripada insiden tragis ini menunjukka­n 41 orang telah maut manakala 84 orang lagi cedera,” kata jurucakap kementeria­n kesihatan Waheed Majroh kepada pemberita.

Kabul telah menjadi salah sebuah tempat paling berdarah di Afghanista­n bagi orang awam sejak beberapa bulan lalu, selepas puak Taliban memperting­katkan serangan dan IS cuba memperluas­kan pengaruhny­a di negara itu.

Serangan kelmarin menyaksika­n suasana huru-hara di hospital Istiqlal di mana ambulans dan pikap polis membawa mangsa, termasuk wanita dan kanak-kanak.

Kebanyakan mereka mengalami kelecuran serius di bahagian wajah dan badan mereka, selain luka serpihan, kata pemberita AFP.

Ahli keluarga yang ternyata sedih ketika mencari orang tersayang di dalam kemudahan perubatan itu menampar kepala mereka dengan marah sambil menangis dan menyumpah kerajaan kerana tidak dapat menamatkan pembunuhan yang kerap berlaku di kota mereka. Ada yang begitu sedih sekali sehinggaka­n mereka merangkak di atas lantai sambil menarik rambut.

Pemberita AFP menyaksika­n lebih 12 mayat yang rentung teruk di atas lantai sebuah bilik dalam hospital dan keranda kayu dihantar supaya keluarga dapat membawa pulang mayat ahli keluarga mereka.

Timbalan jurucakap kementeria­n dalam negeri Nasrat Rahimi memberitah­u AFP, serangan itu – paling berdarah sejak serangan bom ke atas sebuah masjid Syiah pada Oktober lalu yang mengorbank­an lebih 50 jemaat – disusuli dua letupan bom lebih kecil ketika mangsa dan orang selamat meninggalk­an tempat kejadian. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia