Utusan Borneo (Sarawak)

Turki berkas penganjur pameran ekoran pembunuhan duta Rusia

-

ISTANBUL: Turki telah menangkap penganjur sebuah pameran fotografi di Ankara di mana seorang lelaki bersenjata pada Disember tahun lepas menembak mati duta Rusia, kata media kerajaan.

Mustafa Timur Ozkan ditahan reman oleh seorang hakim di Ankara atas tuduhan sengaja mengambil bahagian dalam satu pembunuhan, kata agensi berita rasmi Anadolu.

Ozkan, yang menganjurk­an sebuah pameran gambar landskap Rusia di galeri itu dalam daerah mewah Cankaya di Ankara, pada mulanya ditahan pada Januari lalu tetapi kemudian dibebaskan.

Duta Andrei Karlov ditembak mati pada 19 Disember 2016 oleh anggota polis Turki yang tidak bertugas, Mevlut Mert Altintas, 22, ketika merasmikan pameran gambar itu.

Turki berkata pembunuhan itu merupakan satu komplot yang dilancarka­n oleh kumpulan pendakwah yang berpangkal­an di Amerika Syarikat Fethullah Gulen yang dituduh melancarka­n kudeta yang gagal pada 2016. Namun Moscow belum lagi menyokong kenyataan itu.

Turki sudah menangkap lima suspek berhubung dengan komplot berkenaan, dengan mendakwa mereka ada kaitan dengan kumpulan Gulen, termasuk penerbit televisyen Hayreddin Aydinbas.

Pembunuhan itu juga dibimbangi akan sekali lagi menjejaska­n hubungan yang hanya dikembalik­an ke landasan pada musim panas itu dengan satu perjanjian damai selepas tindakan Turki menembak jatuh sebuah pesawat perang Rusia di atas sempadan Syria pada November 2015.

Namun hubungan sejak itu sudah semakin akrab, termasuk kerjasama di antara Moscow dengan Ankara berhubung Syria, dan Presiden Recep Tayyip Erdogan dan Presiden Rusia Vladimir Putin sudah bertemu sebanyak lapan kali pada 2017 sahaja. — AFP BANGKOK: Seorang wanita berusia 27 tahun dari Ivory Coast telah ditangkap di Pulau Phuket di Thailand selepas pemeriksaa­n di lapangan terbang menjumpai lebih satu kilogram kokain di dalam perutnya dibungkus dalam puluhan paket kecil.

Wanita itu dihentikan oleh pegawai lewat malam Rabu lepas di Lapangan Terbang Antarabang­sa Phuket selepas dia mendarat dalam penerbanga­n dari Doha.

Pemeriksaa­n sinaran- x mendedahka­n lebih 60 paket kecil di dalam perutnya, diisi dengan 1.2 kilogram kokain, menurut Sirinya Sitdhichai selaku setiausaha agung Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik Thailand.

Dadah itu kemungkina­n besar untuk pelanggan kaya di Bangkok, ujarnya.

“Tidak seperti metamfetam­ina, kokain dan ais (met kristal) adalah untuk kumpulan pelanggan kaya yang sangat khusus,” katanya kepada AFP.

Beliau berkata pengedar dadah yang berpangkal­an di Afrika Barat secara rutin mengupah wanita Afrika atau Asia sebagai “keldai” untuk menyeludup narkotik ke dalam Thailand, sebuah negara dengan hubungan udara dan sempadan mudah dicerobohi yang menjadikan­nya tempat transit popular bagi semua jenis barang seludup.

Penyeludup sering terbang ke lapangan terbang lebih kecil di luar Bangkok dan kemudian menggunaka­n pengangkut­an darat untuk menjual dadah di ibu negara, ujarnya.

Thailand, sebuah negara dengan kira-kira 68 juta penduduk, mempunyai populasi penjara keenam terbesar di dunia disebabkan oleh undang- undang dadah yang keras dan dikuatkuas­akan lebih sedekad lalu tetapi gagal untuk menghapusk­an perdaganga­n narkotik atau mengurangk­an kadar ketagihan.

Lebih 70 peratus daripada banduan di negara itu dipenjara atas kesalahan berkaitan dadah.

Nisbah adalah jauh lebih tinggi di kalangan 39,000 banduan wanita di Thailand, yang memenjara lebih ramai wanita per kapita berbanding mana-mana negara lain.

Walau bagaimanap­un, sementara kurier dan penyeludup peringkat rendah lain ditangkap secara rutin, pihak berkuasa menghadapi masalah untuk menjatuhka­n raja dadah dan menghapusk­an jaringan penyeludup­an mereka.

Dadah paling popular di negara itu adalah met yang diambil dalam bentuk pil bersalut kafeina dikenali sebagai “yaba”, yang bermakna “ubat gila”.

Pil itu, dan versi yang lebih berbisa dan tulen dikenali sebagai “ais”, dibuat dalam makmal dadah dalam Zon Segi Tiga Emas di mana utara Thailand bertemu dengan Myanmar dan Laos. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? HASIL RAMPASAN: Gambar serahan Polis DirajaThai menunjukka­n pemeriksaa­n sinaran-x mendedahka­n lebih 1 kilogram kokain di dalam perut seorang wanita yang ditangkap di Lapangan Terbang Antarabang­sa Phuket lewat malam Rabu.
— Gambar AFP HASIL RAMPASAN: Gambar serahan Polis DirajaThai menunjukka­n pemeriksaa­n sinaran-x mendedahka­n lebih 1 kilogram kokain di dalam perut seorang wanita yang ditangkap di Lapangan Terbang Antarabang­sa Phuket lewat malam Rabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia