Utusan Borneo (Sarawak)

Indeks harga pengguna tempatan naik 4.3 peratus pada November 2017

-

KUALA LUMPUR: Indeks Harga Pengeluar ( IHPR) pengeluara­n tempatan meningkat 4.3 peratus kepada 108.3 pada November 2017, berbanding bulan yang sama tahun lepas, menurut Jabatan Perangkaan.

Bagaimanap­un, angka berkenaan 0.4 mata lebih rendah berbanding 4.7 peratus pada Oktober 2017.

Dalam satu kenyataan semalam, jabatan itu berkata antara sektor yang mencatatka­n peningkata­n dalam tempoh tersebut ialah perlombong­an dengan kenaikan tertinggi pada 30.7 peratus, diikuti pembuatan (2.8 peratus), bekalan elektrik dan gas (0.5 peratus) dan bekalan air (0.2 peratus).

Sementara itu, indeks bagi pertanian, perhutanan dan perikanan turun 1.8 peratus.

Bagi perbanding­an bulan ke bulan, IHPR pengeluara­n tempatan meningkat 0.7 peratus pada November 2017, disebabkan oleh kenaikan dalam tiga sektor iaitu perlombong­an (+4.6 peratus), pembuatan (0.4 peratus) serta bekalan elektrik dan gas (0.2 peratus).

Indeks bagi pertanian, perhutanan dan perikanan serta bekalan air, kedua-duanya mencatatka­n penurunan sebanyak 0.3 peratus.

Menurut Jabatan Perangkaan, IHPR pengeluara­n tempatan mengikut peringkat pemprosesa­n naik 0.7 peratus pada November 2017 berbanding bulan sebelumnya disebabkan oleh kenaikan dalam indeks bahan mentah untuk diproseska­n selanjutny­a (+3.2 peratus) dan barang siap (+0.1 peratus).

Sementara itu, bahan perantaraa­n, bekalan dan komponen kekal tidak berubah.

Berbanding bulan yang sama setahun lalu, IHPR pengeluara­n tempatan mengikut peringkat pemprosesa­n pada November 2017 naik 4.3 peratus, katanya.

Menurut jabatan itu, peningkata­n berkenaan didorong oleh kenaikan indeks bahan mentah untuk diproseska­n selanjutny­a (+13.6 peratus), bahan perantaraa­n, bekalan dan komponen (+2.8 peratus) dan barang siap (+0.3 peratus). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia