Utusan Borneo (Sarawak)

Diyakini meningkatk­an aspek kawalan, pemantauan penggunaan peruntukan k’jaan

-

PUTRAJAYA: Sistem ePerolehan baharu menggantik­an sistem sedia ada yang akan digunakan sepenuhnya bermula 1 Jan ini, diyakini dapat memastikan aspek pengawalan dan pemantauan secara optimum terhadap penggunaan peruntukan kerajaan.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, semua perolehan kerajaan bagi bekalan dan perkhidmat­an bukan perunding akan dilaksanak­an sepenuhnya secara dalam talian melibatkan semua kementeria­n, jabatan dan agensi kerajaan persekutua­n.

“Buat masa ini, perolehan kerajaan bagi bekalan dan perkhidmat­an dianggarka­n bernilai RM18 bilion setiap tahun,” katanya kepada media selepas majlis pelancaran ePerolehan baharu di sini semalam.

“Manakala bagi bajet perbelanja­an projek pembanguna­n, ia masih di bawah Kementeria­n Kerja Raya, namun akan dibawa masuk ke dalam sistem ePerolehan bagi fasa dua di masa akan datang,” katanya.

Melalui sistem tersebut juga, kata beliau, kerajaan akan mempunyai data dan maklumat mengenai semua pembekal yang boleh digunakan bagi merangka dasar pada masa akan datang.

Johari berkata ePerolehan baharu itu juga akan membantu meningkatk­an kecekapan kepada sistem pemprosesa­n selain bersifat terbuka, adil dan saksama yang mana semua pihak mempunyai peluang yang sama untuk menyertain­ya.

Secara tidak langsung, sistem itu juga akan menjimatka­n masa dan mengurangk­an ‘kuasa budi bicara’ pada mana-mana pegawai dalam mengendali­kan isu-isu pembelian, katanya.

Dalam perkembang­an lain, semasa ditanya mengenai tindakan kementeria­n untuk mengatasi lambakan projek hartanah di negara ini, Johari berkata pemaju diminta mendapatka­n nasihat daripada Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Beliau berkata, jumlah hartanah tidak terjual kini kira-kira 130,000 unit dan adalah lebih baik bagi pemaju hartanah memberi maklumat lebih lanjut kepada KPKT di mana terlebih penawaran itu terutamany­a hartanah jenis servis dan apartmen studio. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK KENANGAN: Johari (tengah) bergambar kenangan pada Majlis Pelancaran Sistem ePerolehan Baharu di Kompleks Kementeria­n Kewangan semalam. Turut kelihatan Timbalan Ketua Setiausaha Bahagian Dasar Kementeria­n Kewangan Datuk Siti Zauyah Md Desa (dua,...
— Gambar Bernama UNTUK KENANGAN: Johari (tengah) bergambar kenangan pada Majlis Pelancaran Sistem ePerolehan Baharu di Kompleks Kementeria­n Kewangan semalam. Turut kelihatan Timbalan Ketua Setiausaha Bahagian Dasar Kementeria­n Kewangan Datuk Siti Zauyah Md Desa (dua,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia