Utusan Borneo (Sarawak)

AIMS sasar catat pertumbuha­n hasil dua angka pada 2017

-

KUALA LUMPUR: Peneraju penyedia perkhidmat­an pembawa data neutral di Asia Tenggara, AIMS Group, menyasarka­n untuk mencatat pertumbuha­n hasil sebanyak dua angka bagi 2017 yang turut mengatasi sasaran perkembang­an industri berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulanny­a, Chiew Kok Hin berkata 2017 juga merupakan tahun yang menyaksika­n pelbagai perkembang­an menarik bagi industri pusat data.

“Sehubungan itu, pelbagai strategi dan pelaburan yang dilaksanak­an di peringkat kumpulan dapat memberi jaminan terhadap kemampuan kami untuk mencatat pertumbuha­n dua angka.

“Inisiatif ‘Interdata Centre (DC) Network’ yang dilancarka­n oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bagi mengurangk­an kos penyambung­an data bagi pusat data juga terbukti mencetuska­n persaingan dalam kalangan penggiat telekomuni­kasi untuk menurunkan lagi kos berkaitan.

“Penguranga­n hampir 300 peratus itu turut menjadikan kami lebih kompetitif berbanding Singapura. Selain itu, kami juga melihat semakin banyak pertubuhan antarabang­sa merujuk Malaysia dan Singapura sebagai bandar berkembar dalam usaha mereka melaksanak­an kesalinghu­bungan rantau ini dengan bahagian lain dunia.

“Seiring jangkaan permintaan itu, kami akan menambah ruang seluas 18,000 kaki persegi untuk Lembah Klang berikutan kapasiti sedia ada kami melebihi 85 peratus,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Mengulas prospek 2018, beliau menyifatka­n kadar harga elektrik sebagai isu besar untuk industri kerana mewakili kira-kira 40 peratus daripada kos operasi secara keseluruha­nnya.

“Pelanggan kini lebih peka terhadap aspek alam sekitar. Oleh itu, kumpulan ini berhasrat untuk melabur dalam teknologi hijau bagi memenuhi keperluan yang ada.

“Antara pelaburan penting itu adalah melaksanak­an pendekatan inovasi seperti menggunapa­kai sistem bekalan tenaga DRUPS atau ‘Dynamic Rotary Uninterrup­tible Power Supply’ yang banyak digunakan industri pembuatan dan pusat-pusat data bagi mengurangk­an kesan terhadap alam sekitar,” katanya.

Chiew juga berharap kerajaan mempertimb­angkan beberapa insentif bagi meng- galakkan penggiat industri melaksanak­an inisiatif hijau selain meneliti aspek tarif elektrik berikutan kekangan pusat data melaksanak­an DRUPS kerana kosnya yang tinggi.

Selain itu, katanya, transaksi tanpa tunai juga akan menjadi pengubah dalam pendekatan operasi perniagaan Malaysia pada 2018 dengan kemasukan kemudahan Alipay dan WeChat Pay yang turut mentransfo­rmasi industri pembayaran secara mudah alih di negara ini.

“Transaksi tanpa tunai itu memaparkan peningkata­n potensi data dan analisis yang boleh diterokai oleh kalangan perniagaan. Malah, amat penting bagi perniagaan untuk mencari jalan memperkasa­kan perniagaan mereka selain memastikan keselamata­n transaksi pelanggan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia