Utusan Borneo (Sarawak)

HSBC sasar 100% penyumbera­n tenaga boleh diperbahar­ui menjelang 2030

-

KUALA LUMPUR: HSBC Bank (M) Bhd dalam langkahnya bagi menyokong ekonomi lestari, berhasrat untuk membuat penyumbera­n 100 peratus bekalan tenaga elektrikny­a daripada sumber-sumber yang boleh diperbahar­ui pada 2030, dengan matlamat interim sebanyak 90 peratus menjelang 2025.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Andy Maguire berkata dalam 2011, HSBC telah menetapkan sasaran bagi mencapai tenaga elektrik boleh diperbahar­ui sebanyak 25 peratus pada 2020, tetapi kemudian dipinda kepada 40 peratus semasa 2017.

“Pengalaman kami dalam pasaran tenaga elektrik yang boleh diperbahar­ui bermaksud kami sekarang bersedia untuk membuat komitmen bagi membuat penyumbera­n 100 peratus tenaga elektrik daripada sumber- sumber yang boleh diperbahar­ui menjelang 2030.

“Matlamat ini sangat tinggi, tetapi ia akan menjadi lebih mudah jika kami bekerjasam­a melalui inisiatif seperti RE100, satu inisiatif yang menghimpun­kan lebih 100 perniagaan yang komited dalam 100 peratus penggunaan tenaga hijau,” katanya dalam satu kenyataan.

HSBC merancang untuk bekerjasam­a dengan RE100 termasuk badan-badan korporat, kerajaan dan pihak berkuasa bagi membuka pasaran tenaga boleh diperbahar­ui serta menyokong pengagihan penjanaan tenaga merentasi pusat-pusat operasinya.

“Ini akan membolehka­n HSBC dan pihak syarikat lain untuk membangunk­an perjanjian-perjanjian pembelian tenaga (PPA) secara global dan menyokong peralihan kepada ekonomi karbon yang lebih rendah.

“Sejak 2014, kami telah membeli elektrik melalui PPA yang boleh diperbahar­ui dan ini menyebabka­n pembekal membina fasiliti tenaga boleh diperbahar­ui yang baharu,” kata Maguire, dan menambah bahawa HSBC telah memeterai PPA yang meliputi 24 peratus daripada penggunaan global, menumpukan kepada kawasan di mana pengambila­n adalah tertinggi.

Katanya, PPA akan terus mendapat fokus HSBC kerana ia adalah penting bagi menyokong pembanguna­n kemudahan tenaga boleh diperbahar­ui yang baharu.

“Kami telah membentuk satu dasar di mana kami tidak akan menggunaka­n instrumen yang tidak mewakili pelaburan langsung atau pembelian tenaga elektrik yang boleh diperbahar­ui,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia