Utusan Borneo (Sarawak)

Rizab Malaysia pada akhir November tetap boleh guna

-

KUALA LUMPUR: Maklumat terperinci rizab antarabang­sa berdasarka­n format Standard Penyebaran Data Khas Tabung Kewangan Antarabang­sa (SDDS IMF) menunjukka­n rizab Malaysia pada akhir November 2017 adalah tetap boleh guna.

Dalam satu kenyataan semalam, Bank Negara Malaysia (BNM) berkata butiran terperinci itu merangkumi maklumat mengenai saiz, jenis dan kebolehgun­aan rizab serta aset mata wang asing lain.

Ia juga menunjukka­n aliran masuk dan keluar pertukaran asing yang dianggarka­n terlebih dahulu dan di luar jangkaan bagi Kerajaan Persekutua­n dan BNM untuk tempoh 12 bulan akan datang.

Menurut bank pusat itu, rizab rasmi adalah berjumlah AS$ 101.87 bilion (AS$1=RM4.06) manakala aset mata wang asing adalah AS$1.83 bilion setakat akhir November 2017.

Bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek bagi pinjaman dalam mata wang asing disebabkan oleh pembayaran balik berjadual peminjaman luar negeri oleh Kerajaan pula diunjurkan sebanyak AS$254.1 juta.

Selain itu, jumlah kedudukan hadapan pendek adalah sebanyak AS$ 11.09 bilion pada akhir November 2017 yang mencermink­an pengurusan mudah tunai ringgit dalam sistem kewangan.

BNM berkata, sejajar dengan amalan yang diterima pakai sejak April 2006, data ini tidak termasuk anggaran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluara­n pinjaman projek sebanyak AS$ 2.49 bilion bagi tempoh 12 bulan akan datang.

Maklumat terperinci itu juga menunjukka­n satu-satunya saluran keluar bersih jangka pendek bagi aset mata wang asing luar jangka ialah jaminan Kerajaan bagi hutang luar negeri yang akan matang dalam tempoh setahun berjumlah USD179.0 juta.

“Rizab antarabang­sa Malaysia juga tidak mempunyai sebarang pinjaman dalam mata wang asing yang berserta opsyen, kemudahan kredit belum digunakan dan kemudahan kredit tanpa syarat yang diberikan oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabang­sa, bank dan institusi kewangan lain.

“Bank Negara Malaysia juga tidak terbabit dalam urus niaga opsyen mata wang asing terhadap ringgit,” kata kenyataan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia