Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia tidak terhutang budi kepada sesiapa pun dalam isu 1MDB

-

PUTRAJAYA: Malaysia tidak terhutang budi kepada sesiapa pun dalam isu melunaskan bayaran hutang 1Malaysia Developmen­t Bhd’s (1MDB), kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

“Kita tidak terhutang budi kepada sesiapa pun,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran ePerolehan Baharu di sini, semalam.

Beliau mengulas pertanyaan mengenai dakwaan pembabitan firma- firma China dalam usaha membantu melunaskan bayaran hutang 1MDB kepada Internatio­nal Petroleum Investment Company ( IPIC) yang berpejabat di Abu Dhabi.

Menurut laporan akhbar Straits Times Singapura, 1MDB telah membuat pembayaran akhir obligasi hutangnya sebanyak AS$602.7 juta kepada IPIC dengan menjual kepentinga­nnya dalam dua syarikat yang ada kaitan dengan dua firma milik kerajaan China.

Pembayaran berkenaan, iaitu yang kedua bagi pinjaman berjumlah AS$ 1.2 bilion yang dilanjutka­n pada Julai 2015 kepada 1MDB, telah dibuat pada 22 Disember lepas, kata laporan itu.

Malah, pembayaran berkenaan adalah lebih awal daripada tarikh akhir yang dijadu- alkan pada akhir Disember ini sepertiman­a dipersetuj­ui kedua-dua pihak pada awal 2017, kata Straits Times.

Usaha pembayaran itu juga adalah tertakluk kepada Surat Ikatan Penyelesai­an dengan Menteri Kewangan (Diperbadan­kan) Malaysia dan IPIC.

Ketika diminta mengulas laporan itu, Johari sebaliknya berkata perkara itu sewajarnya diajukan kepada Ketua Setiausaha Perbendaha­raan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

“Saya tidak tahu-menahu mengenainy­a. Anda boleh tanya (Tan Sri) Irwan Serigar yang juga Pengerusi 1MDB,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia