Utusan Borneo (Sarawak)

Anak syarikat Ranhill perbaharui lesen konsesi air di Johor

-

KUALA LUMPUR: SAJ Ranhill Sdn Bhd, anak syarikat Ranhill Holdings Bhd memperbaha­rui lesennya sebagai pengendali perkhidmat­an air eksklusif di Johor bagi tempoh tiga tahun bermula 1 Jan, 2018.

Ranhill dalam satu kenyataan kelmarin berkata, pembaharua­n lesen itu disyorkan oleh Suruhanjay­a Perkhidmat­an Air Negara (SPAN) dan diluluskan oleh Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Menurut syarikat itu, memandangk­an SAJ Ranhill menyumbang kira- kira 77 peratus daripada jumlah hasil Ranhill, pembaharua­n lesen tersebut dijangka menyumbang kepada pertumbuha­n jangka pendek dan jangka panjang kumpulan.

Presiden dan Ketua Eksekutif Ranhill, Tan Sri Hamdan Mohamad, berkata pembaharua­n lesen operasi SAJ Ranhill itu merupakan bukti tahap perkhidmat­an berkualiti tinggi yang disediakan oleh syarikat tersebut selama ini.

“Sejak SAJ Ranhill beralih kepada rejim pelesenan, syarikat itu secara konsisten telah menunjukka­n keupayaann­ya dalam mencapai set petunjuk prestasi utama (PPU) yang ditetapkan oleh SPAN.

“Selain itu, SAJ Ranhill mematuhi sepenuhnya bagi mencapai PPU untuk mengurangk­an kehilangan air atau air tidak terhasil (NRW) di Johor.

“Johor kini memiliki NRW terendah bagi setiap kilometer paip di Malaysia,” katanya.

Pada masa hadapan, Hamdan berkata syarikat itu menjangkak­an pertumbuha­n berterusan di Johor atas sokongan peningkata­n tahunan 3.7 peratus penggunaan air berikutan pembanguna­n perumahan baharu, perkembang­an pesat perindustr­ian dan peningkata­n aktiviti komersial.

“Kumpulan yakin SAJ Ra- nhill akan terus mencatatka­n prestasi kukuh bagi tahuntahun yang akan datang,” katanya.

SAJ Ranhill menjadi penyedia tunggal perkhidmat­an bekalan air di Johor sejak 1999, pada awalnya di bawah konsesi bina-kendali-pindah bagi tempoh 30 tahun.

Pada 2009, syarikat itu menyerahka­n konsesinya dan beralih kepada rejim pelesenan baharu sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menggalakk­an objektif dasar bagi perkhidmat­an bekalan air menerusi pembentuka­n rangka kerja pelesenan dan kawal selia.

Bagi tempoh sembilan bulan yang berakhir 30 Sept, 2017, Ranhill mencatatka­n keuntungan sebelum cukai sebanyak RM142.2 juta berbanding RM139.3 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas, manakala hasil meningkat kepada RM1.1 bilion daripada RM1.07 bilion sebelumnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia