Utusan Borneo (Sarawak)

Jualan mega istimewa berlangsun­g sehingga 1 Januari 2018

-

KUCHING: Liew Shin Huat Furniture Trading Co Sdn Bhd (LSH) kini mengadakan jualan mega sempena tahun baharu 2018 yang menawarkan potongan harga sehingga 80 peratus.

Menurut jurucakap LSH, jualan mega itu diadakan dari 29 Disember 2017 hingga 1 Januari 2018 dengan menawarkan harga istimewa bagi barangan perabot seperti kerusi sofa, set meja makan, set bilik tidur, tilam dan banyak lagi.

Bagi kerusi sofa fabrik (2+3) jenama Falala dijual dari harga RM1,699.

Manakala sofa fabrik bentuk ‘L’ bersaiz besar dijual dari harga RM4,999 yang mana pelanggan turut berpeluang mendapatka­n pemberian percuma seperti meja, kerusi beg pasir dan barangan terpilih.

Malah, sofa kulit berjenama dari Itali, Livorno turut dijual pada harga istimewa sepanjang jualan mega empat hari itu.

“Untuk sofa kulit pula jenama Livorno berbentuk L juga dijual dari harga RM4,999 dan percuma meja dan kita juga menerima pembelian semula sofa lama daripada pelanggan.

“Bagi set bilik tidur iaitu katil, almari, almari solek dan almari kecil pula dijual hanya dari harga RM2,499,” kata jurucakap LSH.

Malah, pelanggan yang membuat pembelian tilam berjenama pula akan mendapat barangan percuma seperti bantal, bantal peluk, penyangkut baju, pelindung tilam dan sebagainya.

Antara tilam berjenama yang terdapat di LSH ialah Dreamland, Fiber Star, Goodnite, Napure, Reztec dan Auzzie Sleep.

 ??  ?? PROMOSI: Sofa fabrik yang terdapat di Liew Shin Huat Furniture Trading Co Sdn Bhd dijual pada harga istimewa.
PROMOSI: Sofa fabrik yang terdapat di Liew Shin Huat Furniture Trading Co Sdn Bhd dijual pada harga istimewa.
 ??  ?? CANTIK: Set meja makan yang diperbuat daripada batu marmar dijual hanya RM1,899.
CANTIK: Set meja makan yang diperbuat daripada batu marmar dijual hanya RM1,899.
 ??  ?? ISTIMEWA: Set bilik tidur yang dijual dari harga RM2,499.
ISTIMEWA: Set bilik tidur yang dijual dari harga RM2,499.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia