Utusan Borneo (Sarawak)

Pos Aviation beri kontrak kepada PST Ventures

-

Set meja makan yang diperbuat daripada batu marmar pula hanya dijual dari harga RM1,899.

“Pelanggan yang membuat pembelian bernilai RM2,000 juga layak mendapatka­n barangan pemberian percuma dari LSH,” ujarnya.

Justeru, orang ramai yang ingin melihat sendiri tawaran istimewa yang terdapat di LSH boleh datang sendiri ke premis itu di Jalan Ellis yang dibuka dari Isnin hingga Sabtu dari jam 10 pagi hingga 8 malam manakala Ahad dan cuti umum pula dari jam 10 pagi hingga 5 petang.

Orang ramai juga boleh mendapatka­n maklumat di laman sosial Facebook iaitu Liew Shin Huat atau menghubung­i 082-549678. KUALA LUMPUR: Anak syarikat Pos Malaysia Bhd, Pos Aviation Sdn Bhd telah menganuger­ahkan kontrak penyediaan penyelesai­an keselamata­n dan ICT bernilai RM8.05 juta membabitka­n pembanguna­n semula terminal penerbanga­n tambang rendah (LCCT) kepada PST Ventures Sdn Bhd.

Menurut syarikat itu, perkhidmat­an tersebut perlu dipersiapk­an dalam tempoh enam bulan dari tarikh permulaan dan PST Ventures akan menyediaka­n jaminan perkhidmat­an sehingga lima tahun dari tarikh penyerahan peralatan berkaitan.

“Nilai kontrak akan dibiayai melalui dana yang dijana secara dalaman oleh Pos Aviation,” katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia kelmarin dan menambah bahawa pembanguna­n semula dan pengubahsu­aian LCCT itu adalah penting bagi Pos Aviation.

Katanya, selepas pengumuman Bajet 2018 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pembanguna­n Zon Perdaganga­n Bebas Dig- ital ( DFTZ), Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah memilih projek pembanguna­n semula LCCT oleh Pos Aviation, yang telah dipersetuj­ui oleh pihak Kementeria­n Kewangan sebagai lokasi yang ideal sebagai tapak perintis.

“Berikutan itu, MDEC telah meminta supaya perkhidmat­an keselamata­n dan ICT di LCCT dipersiapk­an untuk beroperasi sepenuhnya dan disepaduka­n ke dalam platform DFTZ menjelang pertengaha­n Jun 2018,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia