Utusan Borneo (Sarawak)

The Claypot House buka cawangan ketiga di Bandar Baru MJC Batu Kawa

-

KUALA LUMPUR: Hsin Lung Sdn Bhd (HLSB), anak syarikat milik penuh Karyon Industries Bhd (KIB), telah memeterai satu perjanjian jual beli sebidang tanah di Johor Bahru daripada Easa Trading Sdn Bhd, pada harga RM6.7 juta.

Dalam satu kenyataan kelmarin, KIB berkata tanah itu ketika ini menempatka­n sebuah kilang setingkat dan bangunan pejabat dua tingkat bagi tujuan penyimpana­n serta operasi perkilanga­n.

KIB menyifatka­n pembelian itu sebagai peluang untuk HLSB menambah ruang kilang sedia ada serta meningkatk­an kapasiti penyimpana­n dan perusahaan­nya pada masa depan.

Menurutnya, cadangan pembelian itu akan dibiayai menerusi gabungan dana yang dikumpul secara dalaman (RM2.20 juta) serta pinjaman bank (RM4.50 juta).

Pada masa ini, HLSB menyewa kilang yang dimilki oleh anak syarikat yang lain.

“Cadangan pembelian itu akan membolehka­n syarikat mengukuhka­n lagi operasi penyimpana­n serta perkilanga­nnya,” kata KIB. — Bernama KUCHING: Restoran The Claypot House membuka cawanganny­a yang ketiga di Bandar Baru MJC Batu Kawa di sini semalam.

Dua lagi cawangan masing-masing terletak di aras tiga Everrise BDC dan aras tiga Pusat Beli-Belah Vivacity ( bersebelah­an dengan SugarBun).

Sasaran utama restoran ini adalah pelanggan tempatan selain turut menghidang­kan pilihan makanan gabungan barat dan timur.

Hidangan di restoran ini dilengkapi dengan minuman sejuk dan panas pada harga yang sangat berpatutan.

Antara menu yang amat disyorkan di restoran ini adalah Claypot Kambing Gong Pao, Claypot Ayam Ikan Masin, Claypot Ayam Halia, Clayot Kari Kambing Pakistan dan Claypot Ayam Barbeku dan nasi goreng.

Untuk keselesaan para pelanggan, restoran ini turut dilengkapi dengan pendingin udara serta menawarkan banyak pilihan makanan tempatan yang lain serta sajian barat.

“Kami juga dalam proses untuk membuka satu lagi cawangan di Hock Lee Centre dalam masa terdekat ini,” kata Nigel Bong jurucakap kepada cawangan baharu semalam.

“Kami juga menerima pesanan untuk bawa balik makanan dan khidmat katering kepada para pelanggan kami,” tambahnya.

Pembukaan restoran itu semalam telah dirasmikan oleh pemiliknya Yeo Seck Yong serta turut dihadiri Temenggung Tan Joo Phoi, Kapitan Wong Yuk Siong dan Pegawai Kebajikan Persekutua­n Persatuan Masyarakat Cina Bahagian Kuching dan Samarahan, Then Shui Ted.

Restoran ini terletak di BQ106 & BQ 107 Bandar Baru MJC Batu Kawa, Jalan Batu Kawa di sini dan dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 11 malam. Maklumat lanjut sila hubungi Nigel Bong di 014-6918921.

 ??  ?? BAHARU DIBUKA: Kawa. Cawangan ketiga The Claypot House kini dibuka di Bandar Baru MJC Batu
BAHARU DIBUKA: Kawa. Cawangan ketiga The Claypot House kini dibuka di Bandar Baru MJC Batu
 ??  ?? CAWANGAN BAHARU: Yeo (kanan) memotong reben sebagai gimik pembukaan The Claypot House di Bandar Baru MJC Batu Kawa. Turut kelihatan Tan (dua kanan), Wong (kiri) dan Then (dua kiri).
CAWANGAN BAHARU: Yeo (kanan) memotong reben sebagai gimik pembukaan The Claypot House di Bandar Baru MJC Batu Kawa. Turut kelihatan Tan (dua kanan), Wong (kiri) dan Then (dua kiri).
 ??  ?? BANYAK PILIHAN: Antara menu khusus yang disyorkan di The Claypot House.
BANYAK PILIHAN: Antara menu khusus yang disyorkan di The Claypot House.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia