Utusan Borneo (Sarawak)

Binasat catat untung sebelum cukai suku pertama sebanyak RM2.18 juta

-

KUALA LUMPUR: Binasat Communicat­ions Bhd, yang bakal disenaraik­an di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 8 Jan ini, mencatatka­n keuntungan sebelum cukai dan perolehan, masing-masing sebanyak RM2.18 juta dan RM10.16 juta bagi suku pertama yang berakhir pada 30 Sept, 2017.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, penyedia perkhidmat­an telekomuni­kasi itu berkata tiada angka perbanding­an bagi tahun sebelumnya kerana ini merupakan laporan kewangan interim pertama syarikat bagi keputusan terkumpul.

Mengenai masa depan, syarikat berharap untuk membina kemudahan ‘ teleport’ baharu serta meningkatk­an operasi, perkhidmat­an penyelengg­araan dan pemasangan optik fiber serta keupayaan pengoperas­ian.

“Kami juga mendapatka­n peluang perniagaan di negaranega­ra ASEAN terutamany­a Vietnam, Myanmar dan Laos.

“Sekiranya tiada perkara di luar jangka, kami mengunjur prestasi kewangan bagi tahun semasa akan memuaskan,” katanya.

Dalam satu kenyataan kelmarin, Malaysian Issuing House Sdn Bhd berkata saham Binasat menerima menerima kadar lebihan langganan 34.23 kali bagi 13 juta saham yang diperuntuk­kan kepada langganan awam.

Terbitan awam itu melibatkan 85.98 juta saham termasuk 13 juta bagi orang awam Malaysia, 13 juta bagi pengarah dan kakitangan yang layak dan 59.98 juta diperuntuk­kan bagi tawaran saham persendiri­an.

Firma penerbit itu berkata tawaran Binasat bagi jualan 40 juta saham sedia ada akan juga diperuntuk­kan untuk permohonan melalui tawaran saham persendiri­an kepada pelabur terpilih. Kedua-dua harga terbitan dan harga tawaran adalah pada 46 sen sesaham. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia