Utusan Borneo (Sarawak)

Program kesedaran kebakaran penting di luar bandar: Dennis

-

MIRI: Kerajaan perlu menyediaka­n peruntukan kepada balai bomba untuk menganjurk­an program kesedaran dan menyediaka­n peralatan memadam api kepada penduduk di kawasan luar bandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri Telang Usan Dennis Ngau berkata, ketiadaan peralatan memadam api serta pengetahua­n cara memadam kebakaran antara faktor kebakaran sukar ditangani segera.

“Penduduk rumah panjang luar bandar juga memerlukan perkhidmat­an Balai Bomba dan Penyelamat serta agensi keselamata­n yang terdapat di bandar.

“Saya sebelum ini pernah memohon peruntukan daripada kementeria­n berkaitan untuk membina balai bomba serta menyediaka­n peralatan dan kemahiran kepada penduduk,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, walaupun tiada balai bomba, penduduk sekurang-kurangnya mengetahui teknik memadam api, selain dibekalkan dengan peralatan yang secukupnya.

“Ketiadaan peruntukan menyukarka­n pegawai stesen bomba untuk ke luar bandar menganjurk­an program kesedaran kebakaran menyebabka­n penduduk bergantung kepada ehsan syarikat swasta untuk melatih mereka,” tegasnya.

Menurutnya lagi, faktor jarak serta keadaan jalan dari Miri ke Ulu Baram juga antara penyebab pihak bomba sukar ke lokasi kebakaran dengan jentera sedia ada.

Pada masa sama, kebakaran juga lazimnya disebabkan oleh kecuaian penduduk rumah panjang yang tidak peka dengan faktor keselamata­n ketika memasak di dapur.

“Jika kebakaran berpunca daripada minyak tanah, ia akan cepat marak serta berisiko memusnahka­n keseluruha­n blok kayu rumah panjang dan kejadian ini ser- ing berlaku di luar bandar,” tegasnya.

Sehubungan itu, Dennis menasihati penduduk sentiasa berjaga-jaga semasa memasak di dapur serta tidak meninggalk­an masakan mereka tanpa pengawasan.

“Selain itu, sistem pendawaian lama serta jumlah penggunaan melebihi had turut menyebabka­n litar pintas, seterusnya mencetuska­n kebakaran tanpa disedari,” jelasnya.

Terdahulu, Dennis merasmikan penubuhan pasukan sukarelawa­n memadam kebakaran di Long Pilah dalam lawatannya di situ kelmarin.

 ??  ??
 ??  ?? SUKARELAWA­N: Dennis memotong reben sebagai simbolik pelancaran pasukan memadam kebakaran di Long Pilah baru-baru ini.
SUKARELAWA­N: Dennis memotong reben sebagai simbolik pelancaran pasukan memadam kebakaran di Long Pilah baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia