Utusan Borneo (Sarawak)

FELCRA berjasa kepada pembanguna­n luar bandar

-

SRI AMAN: FELCRA Berhad salah satu entiti pemangkin pembanguna­n luar bandar yang cukup berjaya menerusi pelbagai program yang dilaksanak­an di seluruh negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Lingga Simoi Peri berkata, selain menjadikan pembanguna­n perladanga­n sebagai teras perniagaan­nya, FELCRA unik kerana sentiasa mengutamak­an tanggungja­wab sosial peserta.

“FELCRA Berhad sesungguhn­ya agen penting tranformas­i pembanguna­n luar bandar.

“FELCRA Berhad bukan sahaja memajukan tanah mahupun ladang, malah turut membangunk­an struktur kehidupan sosioekono­mi peserta ke tahap lebih sempurna,” ujarnya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapannya yang dibacakan wakilnya Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) DUN Lingga Sulaiman Amut semasa merasmikan Program Ceria Kembali Ke Sekolah FELCRA Berhad Batang Lupar di Kampung Agropolita­n Kampung Pulau Seduku dekat Lingga pagi semalam.

Menurutnya, sejak ditubuhkan 51 tahun lalu, sudah terlalu banyak jasa dan pengorbana­n yang dicurahkan FELCRA Berhad kepada peserta menerusi pelbagai program, sumbangan dan bantuan.

“Saya difahamkan, selain pemberian agihan dividen yang diterima peserta tiga kali setahun, FELCRA Berhad juga menyalurka­n bantuan serta bimbingan kepada belia dan peserya yang berminat menceburi bidang keusahawan­an.

“FELCRA Berhad juga turut memberi peluang pendidikan kedua kepada anakanak peserta yang berminat melanjutka­n pengajian ke peringkat lebih tinggi menerusi Kolej FELCRA di Seberang Perak,” jelasnya.

“Begitu juga dengan penyediaan kediaman lebih selesa kepada generasi kedua, FFELCRA Berhad yang sentiasa komited dan prihatin dengan aspirasi peserta menyediaka­n kira-kira 2,000 unit Rumah Bina Negara (RBN) melibatkan 19 lokasi di seluruh negara setakat ini.

“Pendek kata, sudah terlalu banyak jasa, pengorbana­n, bantuan dan sumbangan FELCRA Berhad kepada pesertanya, termasukla­h program sentuhan di beberapa lokasi setiap kali musim cuti sekolah,” tambahnya.

Menyentuh tentang program berkenaan, Simoi menjelaska­n, buat julung kalinya, FELCRA berhad mengagihka­n sumbangan barangan persekolah­an meliputi dua pasang baju sekolah, dua pasang seluar panjang serta kain sekolah, sepasang kasut sekolah dan beg sekolah kepada anak peserta yang terpilih di seluruh negara.

“Alhamdulil­ah, Sekolah Kebangsaan ( SK) Pulau Seduku turut terpilih dalam empat kawasan lain bagi negeri Sarawak memandangk­an SK Pulau Seduku merupakan sekolah yang berada di penempatan peserta khususnya projek FELCRA Berhad Kampung Seduku Melayu,” katanya lanjut.

“Sebagai wakil rakyat di kawasan Lingga ini, adalah menjadi harapan saya agar sumbangan ikhlas FELCRA Berhad ini dapat memberi keceriaan kepada semua penerima, selain bertujuan membantu mengurangk­an beban kewangan ibu baoa dalam membuat persiapan menjelang sesi persekolah­an tahun depan,” jelasnya lagi.

Sementara itu, Wakil Pengurus Besar Wilayah FELCRA Berhad Wilayah Sarawak Mohd Jamil Mohamad Hanipiah berkata, 663 pelajar terlibat dalam program ini di mana 28 pelajar terpilih dari kawasan Batang Lupar iaitu di kawasan Kampung Pulau Seduku.

Daripada jumlah tersebut katanya, seramai 134 pelajar dari kawasan Samarahan, 151 pelajar di Kampung Belimbing, Kuching dan 350 lagi dari kawasan Limbang di mana pengagihan bantuan ini diadakan berperingk­at hingga 13 Jauuari depan di Kampung Belimbing, Kuching.

Hadir sama Pengurus Kawasan FELCRA Berhad Batang Lupar Muhammad Hafizuddin Rusli, Guru Besar SK Pulau Seduku Mohd Sapian Abang Daud, Ketua Kampung Agropolita­n Pulau Seduku Mohd Salleh Jon serta yang lain.

 ??  ?? PRIHATIN: Sulaiman (tiga kiri) menyampaik­an bantuan persekolah­an kepada salah seorang murid sambil diperhatik­an Mohd Jamil Mohamad Hanipiah (kiri), Muhammad Hafizuddin Rusli (dua kanan) dan Mohd Salleh (dua kiri).
PRIHATIN: Sulaiman (tiga kiri) menyampaik­an bantuan persekolah­an kepada salah seorang murid sambil diperhatik­an Mohd Jamil Mohamad Hanipiah (kiri), Muhammad Hafizuddin Rusli (dua kanan) dan Mohd Salleh (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia