Utusan Borneo (Sarawak)

Kompany mengalami kecederaan, diragui dapat diturunkan pada perlawanan Liga Perdana menentang Palace di Selhurst Park hari ini

-

MANCHESTER, England: Pep Guardiola berharap kecederaan terbaharu kapten pasukan, Vincent Kompany tidak seteruk yang digambarka­n ketika beliau mahu mengekalka­n rentak cemerlang pasukannya, Manchester City pada perlawanan di Crystal Palace hari ini.

Kompany mengalami kecederaan ketiga beliau musim ini apabila hanya bermain 11 minit ketika City menewaskan Newcastle United 1-0 dan diragui dapat diturunkan pada perlawanan di Selhurst Park hari ini.

Ketiadaan beliau akan memberikan kekurangan pilihan di posisi pertahanan tengah buat Guardiola walaupun John Stones hampir pulih sepenuhnya dari kecederaan y a n g d i a - l a m i pada 1 8 N o - v e m - ber lalu.

“Beliau

Beliau (Stones) tidak mengalami kecederaan seteruk yang kami jangkakan. Pep Guardiola Pengurus Manchester City

( Stones) tidak mengalami kecederaan seteruk yang kami jangkakan,” kata Guardiola.

“Kami fikir beliau akan bersedia untuk perlawanan seterusnya tetapi kami hanya akan mengetahui sepenuhnya sehari sebelum perlawanan (menentang Palace). Ia bukan satu isu besar dan beliau boleh bersedia dengan segera untuk membantu kami.”

Namun, walaupun dengan masalah di benteng pertahanan, semuanya kelihatan hebat buat Guardiola ketika ini.

Pasukan beliau berada 15 mata di singahsana Liga Perdana Inggeris berbanding pencabar terdekat selepas memenangi 18 perlawanan berturut-turut.

Kemenangan di Selhurst Park akan mencipta rekod baharu Liga Perdana Inggeris dengan 12 kemenangan berturut- turut di gelanggang lawan selepas berkongsi r e k o d lama 11 k e m e - n a n g a n d e n g a n Chelsea, yang dicipta pada 2008.

Kemenangan juga menyamai rekod peribadi Guardiola – 19 kemenangan liga berturut-turut – ketika beliau membimbing Bayern Munich pada musim 2013/2014.

City juga berada di landasan untuk mengatasi rekod Chelsea mengutip 95 mata sepanjang musim liga.

Mereka sudah mengumpul 58 mata dari hanya 20 perlawanan dan apa yang menarik, ia adalah jumlah keseluruha­n mata yang mereka kumpul sepanjang musim sebelum musim 2009/2010.

Walau bagaimanap­un, Guardiola tetap berwaspada dengan ancaman Palace dan terutama sekali pemain sayapnya, Wilfried Zaha.

“Kita sentiasa bercakap tentang angka dan rekod. Ia adalah kerana apa yang kami lakukan dalam padang,” kata Guardiola.

“Saya benar-benar kagum dengan apa yang dilakukan oleh Zaha – apabila beliau tidak berada dalam padang, Crystal Palace gagal mencipta kemenangan.

“Sembilan perlawanan pertama, Zaha tidak bermain, apabila beliau kembali, pasu- kan itu sudah berubah. Beliau pemain yang boleh mengubah permainan.”

Rekod lapan perlawanan tanpa kalah Palace bagaimanap­un berakhir dengan kekalahan 2-3 kepada Arsenal Khamis lepas, menyebabka­n mereka hanya satu mata di atas zon penyingkir­an.

Pengurus Palace, Roy Hodgson menyedari beliau mungkin memilih untuk merehatkan beberapa pemain utama dengan melihat perlawanan lebih berpeluang mencipta kemenangan di Southampto­n dua hari kemudian.

Sama ada ia bermakna beliau akan merehatkan Zaha atau tidak, hanya akan terjawab nanti tetapi Hodgson menegaskan pemain itu tidak akan dijual walaupun menjadi buruan beberapa kelab besar. — AFP

 ??  ?? GUARDIOLA
GUARDIOLA
 ??  ?? KOMPANY
KOMPANY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia