Utusan Borneo (Sarawak)

Anggota tentera buat laporan polis selepas insiden pergaduhan

-

KOTA SAMARAHAN: Bimbang akan keselamata­n keluarga, seorang anggota tentera terpaksa membuat laporan polis selepas insiden pergaduhan membabitka­n pegawai penguat kuasa dalam kejadian di taman perumahan di sini semalam.

Dalam kejadian jam 8.15 malam itu, pergaduhan dipercayai berpunca apabila lelaki berkenaan tiba- tiba bertindak agresif dengan menumbuk mangsa yang berusia 37 tahun, selepas melanggar kereta milik adik pengadu yang diletakkan di hadapan rumah.

Difahamkan lelaki tersebut memandu dalam keadaan laju di lorong berkenaan sebelum menemui jalan mati.

“Ketika hendak memus- ing kenderaann­ya, lelaki itu melanggar bahagian depan kereta ahli keluarga pengadu yang diletakkan di luar rumah.

“Dia (mangsa) keluar dan ingin berbincang secara baik dengan lelaki terbabit namun tiba-tiba suspek bertindak agresif menumbuk muka mangsa,” kata sumber.

Insiden gaduh itu tercetus sebelum berjaya dileraikan ahli keluarga mangsa yang berada di rumah.

Sumber berkata, lelaki berkenaan dipercayai memandu dalam keadaan mabuk malah turut cuba masuk ke kawasan rumah namun dihalang penghuni rumah terbabit.

Difahamkan lelaki itu telah ditahan polis yang tiba di tem- pat kejadian susulan aduan yang dibuat ahli keluarga mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Samarahan DSP Lee Chong Chern mengesahka­n kes tersebut ketika dihubungi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia