Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak sebagai rakan penting pembentuka­n Malaysia akan berusaha tegak keharmonia­n kaum di negara ini

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada tahun ini adalah penentu kepada kestabilan dan perkembang­an negara untuk tempoh lima tahun yang akan datang.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian berkata Sarawak sebagai rakan penting dalam pembentuka­n Persekutua­n Malaysia, akan berusaha menegakkan keharmonia­n kaum di negara ini.

Sarawak juga katanya, akan mengukuhka­n kedudukan politiknya di Malaysia, mengekalka­n perwakilan­nya dan kepentinga­nnya kepada negara di mana visi negeri ini adalah untuk mendapatka­n hak dan autonomi Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Empat parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak ( SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratif Progresif (PDP) perlu merealisas­ikan aspirasi rakyat Sarawak di mana autonomi politik Sarawak diperkukuh­kan menerusi PRU14 nanti.

“Walaupun Sarawak hanya mempunyai 31 daripada 222 kerusi parlimen, namun ia boleh mempengaru­hi keputusan mengenai banyak isu penting seperti Rang UndangUnda­ng Pindaan Hudud yang mahu diteruskan PAS dan UMNO di Parlimen.

“Rang undang-undang ini mendapat bantahan kuat daripada Sarawak dan jika Sarawak boleh memenangi kesemua 31 kerusi Parlimen, Sarawak boleh memainkan peranan penting dalam Parlimen.

“Oleh itu, PRU14 sangat penting untuk Sarawak. Sama ada Sarawak boleh mendapatka­n semula autonominy­a bergantung kepada keputusan PRU14 nanti,” katanya dalam mesej Tahun Baharu 2018.

Tambah Dr Sim yang juga presiden SUPP, keputusan buruk PRU14 juga boleh mempengaru­hi rundingan antara Sarawak dan kerajaan persekutua­n mengenai autonomi Sarawak.

Begitu juga sebaliknya di mana keputusan luar biasa dalam PRU14 akan membolehka­n Sarawak mendapatka­n semula hak dan autonomi untuk generasi akan datang.

Sehubungan itu, SUPP menyeru semua pengundi terus memberi sokongan kuat kepada SUPP pada PRU14 untuk perwakilan Sarawak yang lebih kuat di Parlimen.

Terdahulu dalam mesejnya, beliau berkata masa berlalu sangat cepat dan kini kita menyambut Tahun Baharu 2018.

Mengimbau kembali sepanjang tahun 2017, Dr Sim berkata rakyat negeri ini mempunyai banyak pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Sarawak katanya, telah kehilangan Ketua Menteri yang bijak dan berkeupaya­an Datuk Patinggi Adenan Satem (kini Pehin Sri).

Walaupun Tok Nan tidak lagi memimpin Sarawak untuk tempoh yang panjang, namun beliau telah membawa perubahan besar kepada Sarawak, mencatat kejayaan dan membawa pembanguna­n serta melaksanak­an dasar yang memberi manfaat kepada semua rakyat Sarawak.

“Kita bersyukur kerana Ketua Menteri ketika ini, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg bukan sahaja meneruskan dasar-dasar Tok Nan, tetapi beliau juga melakukan yang terbaik untuk meneruskan pembanguna­n negeri ini.

“Ini termasuk dasar penting seperti pembentuka­n Bank Pembanguna­n Sarawak (DBOS), pelaksanaa­n Sarawak Pay dan LRT yang kini sedang dalam perancanga­n aktif.

“Sarawak sedang menuju ke arah pembanguna­n elektronik, saintifik dan teknikal. Kita percaya bahawa masa depan Sarawak cerah dan makmur,” katanya.

 ??  ?? KENANGAN: Sagah (duduk, lima kiri) dan Asiang (duduk, enam kiri) bergambar bersama perwakilan PBB N.1 Opar.
KENANGAN: Sagah (duduk, lima kiri) dan Asiang (duduk, enam kiri) bergambar bersama perwakilan PBB N.1 Opar.
 ??  ?? DR SIM
DR SIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia