Utusan Borneo (Sarawak)

PBB akan sokong semua calon daripada parti komponen BN

-

LUNDU: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan memberi sokongan kepada mana-mana calon daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) di kawasan bertanding.

Ahli Majlis Tertinggi PBB Datuk Roland Sagah berkata, PBB merupakan parti utama dan terbesar di Sarawak.

Justeru katanya, menjadi tanggungja­wab PBB untuk membantu rakanrakan BN daripada parti lain terutama ketika Pilihan Raya Umum mahupun Pilihan Raya Negeri.

“PBB cukup baik kerana dasar-dasar kerajaan yang dibuat oleh para pemimpinny­a yang terdahulu diteruskan pemimpin masa kini.

“Ketua Menteri kita Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg telah mengubah negeri ini kepada era baharu dan peluang ini harus direbut oleh kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan PBB N.1 Opar di Dewan Kampung Selampit, dekat sini kelmarin.

Berhubung isu tanah yang dibangkitk­an para perwakilan, Sagah yang juga Menteri Muda Pembanguna­n Tanah Adat meminta supaya satu usul dibuat untuk dikemukaka­n kepada kerajaan bagi membolehka­n kerja- kerja penyukatan dilakukan.

Kerajaan kini katanya, dalam proses menyelesai­kan isu Pulau Galau dalam kalangan masyarakat Iban supaya hak milik dapat diberikan.

Satu rang undang-undang katanya, akan diben- tang pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Mei 2018 dengan harapan isu ini dapat diselesaik­an dengan baik.

Pada mesyuarat itu, perwakilan dari semua ranting PBB N. 1 Opar sebulat suara tidak mempertand­ingkan barisan jawatankua­sa untuk penggal seterusnya.

Pada mesyuarat tersebut para perwakilan sebulat suara mengekalka­n Asiang Gihep sebagai pengerusi PBB N. 1 Opar.

 ??  ?? SEDIA BERKHIDMAT: Andrew (lima kanan) bersama pasukan Pemuda SUPP memberi perkhidmat­an kaunter BR1M kepada orang awam.
SEDIA BERKHIDMAT: Andrew (lima kanan) bersama pasukan Pemuda SUPP memberi perkhidmat­an kaunter BR1M kepada orang awam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia