Utusan Borneo (Sarawak)

Sebanyak 20% PKS di negara ini adalah syarikat milikan wanita: Nancy

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Kaum wanita di negara ini melakar banyak kejayaan sepanjang 2017 terutama dalam kerjaya keusahawan­an.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata, sehingga kini, 20.6 peratus daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini adalah syarikat milikan wanita.

“Mereka telah menjadi contoh dan menunjukka­n bahawa mereka juga merupakan kuasa ekonomi yang tidak boleh dipandang ringan,” katanya menerusi satu perutusan sempena Tahun Baharu 2018 di sini semalam.

Malah, Nancy berkata mengambil kira bukti yang semakin ketara bahawa kaum wanita adalah penggerak di sebalik pertumbuha­n ekonomi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut memberikan komitmen untuk melantik sekurang-kurangnya 30 peratus senator wanita sekiranya Barisan Nasional ( BN) memenangi Pilihan Raya Umum Ke- 14 yang bakal diadakan.

“Saya tidak begitu menyokong kuota, tetapi kita perlu bermula dengan jumlah yang perlu diisi oleh wanita dalam jawatan pembuat keputusan.

“Saya teruja sekali melihat semakin ramai wanita yang menjadi pengarah, ketua pegawai eksekutif, ketua jabatan, hakim dan jawatan lain yang membuat keputusan,” jelasnya.

Menurut Ahli Parlimen Batang Sadong itu lagi, pada masa ini, wanita di Malaysia

Mereka telah menjadi contoh dan menunjukka­n bahawa mereka juga merupakan kuasa ekonomi yang tidak ringan. ” boleh dipandang Datuk Seri Nancy Shukri Menteri di Jabatan Perdana Menteri

meliputi 14 peratus daripada keahlian lembaga.

Katanya, meskipun peratusan itu rendah pada peringkat global, namun jumlah itu masih tinggi dalam senarai di Asia.

“Di medan politik, sekarang kita mempunyai kirakira 24 ahli wanita dalam Parlimen dan kita perlu menambah jumlah ini untuk kita melangkah ke hadapan, kita berharap untuk melihat lebih ramai ahli politik wanita,” tambahnya.

Selain itu, beliau berkata kekuatan atau perpaduan utuh rakyat telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang hebat sejak sekian lama.

“Kekuatan yang sama ini akan terus membimbing kita ke hadapan pada 2018 dan untuk itu saya ingin mengucapka­n selamat menyambut tahun baharu kepada semua rakyat Malaysia,” ujarnya.

 ??  ?? KENANGAN: Nancy merakam kenangan bersama tetamu yang hadir pada majlis Malam Penghargaa­n Bagi Agensi Kerajaan, Pesta Simunjan 2017 dan Pesta Sadong Jaya 2017.
KENANGAN: Nancy merakam kenangan bersama tetamu yang hadir pada majlis Malam Penghargaa­n Bagi Agensi Kerajaan, Pesta Simunjan 2017 dan Pesta Sadong Jaya 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia