Utusan Borneo (Sarawak)

Jabatan, agensi kerajaan harus mempunyai komunikasi baik dengan pemimpin kampung

-

KUCHING: Komunikasi yang baik antara jabatan dan agensi kerajaan dengan pemimpin kampung dapat memapankan lagi mutu penyampaia­n perkhidmat­an kepada rakyat terutama golongan memerlukan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ia penting kerana jabatan dan agensi kerajaan serta pemimpin kampung merupakan ejen pelaksana setiap perancanga­n pembanguna­n dan kebajikan untuk rakyat.

“Oleh itu, komunikasi sesama kita juga harus terus konsisten dan diperkukuh­kan dari semasa ke semasa agar kita sentiasa mendapat perkembang­an terkini tentang sesuatu perkara, lebihlebih lagi yang memerlukan tindakan segera daripada pihak tertentu dan pelanggan kita atau rakyat.

“Ini penting kerana kita mahu dilihat sebagai pemimpin atau ejen pelaksana yang bukan sahaja peka terhadap masalah, cabaran atau keperluan rakyat, tetapi juga pemimpin yang responsif dan bertindak segera ‘walk the talk’,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Malam Penghargaa­n Bagi Agensi Kerajaan, Pesta Simunjan 2017 dan Pesta Sadong Jaya 2017 di sebuah hotel terkemuka di sini kelmarin.

“Justeru, saya ingin menyatakan penghargaa­n saya kepada semua terlibat kerana apa yang telah kita lakukan selama ini adalah konsisten, berterusan dan yang penting sekali ialah, bukannya bermusim, kita melakukann­ya tanpa henti untuk manfaat dan kepentinga­n rakyat,” tambah Nancy.

Ahli Parlimen Batang Sadong itu memberitah­u, kerjasama erat antara wakil rakyat dan agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut menjadi initi pati kepada kejayaan dalam merancang dan melaksanak­an pelbagai projek di Parlimen Batang Sadong.

“Untuk itu, saya berharap momentum ini terus dikekalkan dan semoga ia menjadi pendorong kepada kita semua untuk terus berusaha lebih gigih lagi pada tahun depan.

“Dan untuk 2018, saya yakin banyak lagi program, aktiviti dan projek- projek fizikal yang bakal kita laksanakan bersama,” tegasnya.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan Awla Dris dan ADUN Sadong Jaya Aidel Lariwoo turut mengucapka­n penghargaa­n kepada jabatan dan agensi kerajaan termasuk pemimpin kampung atas komitmen untuk bersamasam­a memajukan kawasan tersebut.

Hadir sama Pegawai Daerah Asajaya Habari Bakar, Pegawai Daerah Simunjan Abdul Khalid Manap dan tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia