Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat Sarawak diminta pelihara keunikan adat dan budaya

-

KOTA SAMARAHAN: Rakyat negeri ini yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama diminta memelihara keunikan adat dan budaya sebaik-baiknya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang Datuk Idris Buang berkata, keunikan tradisi dalam setiap masyarakat yang ada di negeri ini merupakan satu khazanah yang amat ternilai.

Sehubungan itu, beliau amat menggalakk­an penganjura­n program kebudayaan bagi mengasah dan menyemai nilai tradisi dalam kalangan anak muda.

“Pada malam ini, saya dapat melihat nilai tradisi masyarakat Iban amat menyerlah sekali.

“Inilah kekayaan tradisi budaya kita yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama di Sarawak yang perlu dipelihara sebaik-baiknya dalam diri anak-anak kita supaya ia terus kekal dalam tradisi kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Serba Guna Kampung Bintawa Lama, Muara Tuang di sini malam kelmarin.

Justeru, Idris berharap usaha tersebut dapat diteruskan dalam memastikan tradisi masyarakat Sarawak tidak pupus ditelan arus kemodenan.

Menyentuh mengenai program itu, beliau bangga dengan penglibatk­an 12 kampung masyarakat Iban di Muara Tuang bekerjasam­a menjayakan program tersebut.

“Oleh itu, saya berharap kerjasama antara kamu semua dapat dikekalkan agar kita dapat hidup dalam suasana aman dan harmoni.

“Malah, apa yang lebih penting kita bersatu dalam apa jua keadaan,” ujarnya. MIRI: Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin menggesa penduduk Miri bekerjasam­a menjaga kebersihan dan keindahan di sekitar bandar raya ini khususnya kawasan pantai sempena kempen pelanconga­n dan Tahun Melawat Miri (TMM) 2018.

“Kita mahu menyambut kedatangan ribuan pelancong tempatan dan asing ke Miri mulai hari ini dan kita perlu bersedia dengan memastikan bandar raya kita kekal bersih dan indah di mata pelancong.

“Justeru usaha memastikan kebersihan di Miri adalah perkara pertama yang perlu dilakukan oleh setiap warga Miri,” katanya semasa berucap merasmikan Kempen Membersihk­an Pantai Marina di Marina Central Park di sini, semalam.

Menurut Lee, sampah yang dibuang merata-rata bukan sahaja mengotorka­n wajah bandar raya Miri tetapi turut mencemari kawasan pantainya, selain merosakkan ekosistem serta boleh menyebabka­n pelancong kecewa dan ‘melarikan diri’ kerana kekotoran berkenaan.

“Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungja­wab setiap orang daripada kita untuk menjaga dan memastikan kebersihan Miri. keindahan landskap serta panoramany­a,” jelas Lee.

Lebih 100 orang terdiri daripada ahli Pertubuhan Buddha Tzu Chi Taiwan Cawangan Miri ( Tzu Chi Miri), Persatuan PenjualPen­jual Barangan Terpakai dan Kitar Semula dan Kelab Lion Miri Mandarin terlibat dalam kempen berkenaan di sini, semalam.

Sementara itu, Pegawai Penerangan Tzu Chi Miri Dennis Yee mengakui, sekali pandang sahaja, boleh dilihat dengan jelas pemandanga­n pantai Marina yang kotor dengan timbunan sampah yang dihanyutka­n ombak dari kuala Sungai Miri.

Jika penduduk mahu pantai berkenaan benar-benar bersih, maka langkah pembersiha­n setiap minggu amat penting bagi mengurangk­an timbunan sampah.

“Saya dimaklumka­n bahawa pantai ini sudah dibersihka­n oleh sebuah pertubuhan pada minggu lepas dan amat mengejutka­n apabila pada minggu ini, sampah yang banyak ‘kembali’ lagi ke pantai ini,” katanya.

“Ini kerana semua sampah ini dibawa ombak dari laut dan dari kuala-kuala sungai berhampira­n, justeru inilah masa untuk kita menggandak­an usaha menangani situasi ini,” katanya.

Sementara itu, kempen pembersiha­n pantai berkenaan salah satu acara kebajikan dan kemasyarak­atan yang dilaksanak­an Tzu Chi setelah kempen serupa pada Oktober.

Turut hadir pada pelancaran kempen itu semalam Datuk Bandar Miri Adam Yii serta pengerusi Kelab Lion Miri Mandarin Zon 9 Jee Kee Hiong.

 ??  ?? SIMBOLIK: Idris menandatan­gani buku lawatan sebagai tanda kenangan hadir di Kampung Bintawa Lama, Muara Tuang.
SIMBOLIK: Idris menandatan­gani buku lawatan sebagai tanda kenangan hadir di Kampung Bintawa Lama, Muara Tuang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia