Utusan Borneo (Sarawak)

K’jaan sentiasa dukung, iktiraf sumbangan, peranan wanita: Fatimah

-

KUCHING: Kerajaan negeri sentiasa mendukung dan mengiktira­f sumbangan serta peranan yang dimainkan setiap wanita di Sarawak.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, golongan wanita merupakan antara penggerak utama dalam menyumbang ke arah pembanguna­n keluarga, masyarakat dan negara.

“Sebab itulah, kalau kita lihat unit wanita diangkat dan dinaik taraf menjadi sebuah jabatan iaitu Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS).

“Ini adalah usaha kerajaan negeri dalam menyokong dan mengiktira­f peranan yang dimainkan wanita di negeri ini agar mereka terus menyumbang kepada pembanguna­n keluarga, masyarakat dan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi sistem pesanan ringkas aplikasi WhatsApp ketika diminta mengulas tentang usaha kerajaan negeri merealisas­ikan ‘ Tahun Memperkasa Wanita 2018’ semalam.

Malah, Fatimah memberitah­u menerusi JWKS, pelbagai program dan inisiatif dirancang untuk dilaksanak­an membabitka­n penglibata­n golongan wanita.

Selain itu jelasnya, lima teras utama turut menjadi garis panduan iaitu pemerkasaa­n ekonomi wanita, pemantapan institusi keluarga, kesihatan, kepimpinan dan pembuat keputusan serta keselamata­n dan undang-undang.

“Segala perancanga­n strategik dan program ini mempunyai petunjuk prestasi utama (KPI) sendiri untuk kita membangun dan mense- jahterakan golongan wanita,” tegasnya.

Sehubungan itu, beliau berharap tahun baharu 2018 akan menjadi tahun yang lebih baik dalam usaha memperkasa­kan wanita di negeri dan negara ini.

Sementara itu, Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim dalam ucapan tahun baharunya berkata, 2018 diangkat menjadi ‘Tahun Memperkasa­kan Wanita’.

Katanya, ia adalah satu penghargaa­n kepada golongan itu dalam pembanguna­n keluarga, masyarakat dan negara.

“Ayuh bersama-sama dengan kita dalam memartabat­kan wanita seiring dengan arus perdana global. Samasamala­h kita jayakannya, selamat tahun baharu 2018,” ujarnya.

 ??  ?? FATIMAH
FATIMAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia