Utusan Borneo (Sarawak)

Kesejahter­aan dan keamanan sesebuah kawasan dan kampung terletak pada jawatankua­sa ini

- Oleh Mohamad Achil Norrlatep

MUKAH: Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) perlu memainkan peranan lebih besar di sesebuah kampung.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian Abdul Yakub Arbi berkata, kesejahter­aan, keharmonia­n dan keamanan sesebuah kawasan dan kampung terletak pada jawatankua­sa berkenaan.

“Jangan pandang remeh peranan JKKK, besar peranan yang dipertangg­ungjawabka­n ke atas mereka,” katanya pada Majlis Perasmian Gelanggang Futsal Kampung Pulat, Balingian kelmarin (Sabtu).

Menurutnya, segala aktiviti dan keadaan kampung turut terletak di bawah tanggungja­wab mereka yang memegang jawatan dalam JKKK.

“Jika aktif ahlinya, aktiflah

Jangan pandang remeh peranan JKKK, besar peranan yang dipertangg­ungjawab ke atas mereka. Abdul Yakub Arbi ADUN Balingian

semua penduduk dan masyarakat di sekitarnya,” jelasnya.

Seperti acara sukan futsal, ia adalah sesuatu yang memberi makna terutama golongan belia di kampung untuk kehidupan cergas dan aktif.

“Aktiviti sihat seperti ini juga dapat mengembang­kan bakat golongan belia, selain mengelakka­n mereka terjebak dengan gejala negatif lain,” ujarnya.

Beliau pada masa sama mengucapka­n tahniah kepada JKKK Kampung Pulat kerana berjaya menganjurk­an kejohanan futsal dan berharap akan lebih banyak aktiviti seumpamany­a dilaksanak­an tahun depan.

Turut hadir Ketua Masyarakat Balingian Penghulu Shahdan Sahari dan Ketua Kampung Pulat merangkap Pengerusi JKKK Kampung Pulat Harun Ulis.

Sempena perasmian gelanggang tersebut, JKKK Kampung Pulat turut menganjurk­an Kejohanan Futsal Tertutup disertai enam pasukan dari Kampung Pulat sendiri dan empat pasukan jemputan, yang berentap bagi merebut juara kejohanan yang berlangsun­g selama dua hari itu.

 ??  ?? CINTAI ALAM SEKITAR: Ahmad (tengah) turut serta dalam program pengindaha­n Kampung Telaga Air anjuran MPP bersama komuniti setempat baru-baru ini.
CINTAI ALAM SEKITAR: Ahmad (tengah) turut serta dalam program pengindaha­n Kampung Telaga Air anjuran MPP bersama komuniti setempat baru-baru ini.
 ??  ?? HADIAH TAHUN BAHARU: Abdul Yakub menurunkan tandatanga­n di atas plak gelanggang futsal sebagai simbolik perasmiann­ya kelmarin.
HADIAH TAHUN BAHARU: Abdul Yakub menurunkan tandatanga­n di atas plak gelanggang futsal sebagai simbolik perasmiann­ya kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia