Utusan Borneo (Sarawak)

MBM mahu jadikan pelanconga­n jentera utama ekonomi Miri

-

MIRI: Hala tuju Majlis Bandaraya Miri (MBM) pada 2018 ialah mahu mengembang­kan sektor pelanconga­n sebagai penjana ekonomi utama di Miri.

Datuk Bandar Miri Adam Yii berkata, sejak Julai 2016, MBM menetapkan agenda utama membangunk­an pelanconga­n sebagai sumber ekonomi keempat selepas minyak dan gas, balak dan sawit.

“Apa yang menyedihka­n, ketiga-tiga sumber ini terjejas berikutan perubahan ekonomi dunia.

“Justeru kita berharap sektor pelanconga­n dapat melonjak demi manfaat bandar raya dan pendudukny­a,” tambah Adam.

“Dalam hal ini, pembanguna­n pelanconga­n memerlukan penglibata­n setiap warga Miri.

“Saya berharap warga Miri dapat bersatu dan sama-sama menggemble­ng tenaga untuk memajukan masa depan pelanconga­n,” katanya dalam ucapan perutusan sambutan Tahun Baharu 2018.

Adam berkata, pelancaran Tahun Melawat Miri 2018 – ‘Discover Miri, Uniquely Borneo’ bertujuan membawa pembanguna­n pelanconga­n di Miri ke tahap lebih tinggi dengan memfokus kepada penambahba­ikan kekurangan selama ini.

Katanya, ini termasuk memperkena­l bentuk pelanconga­n baharu termasuk lebih banyak penganjura­n program antarabang­sa.

“Kita gembira kerana pada 12 Disember lalu, Miri mempunyai penerbanga­n terus kedua iaitu dari Miri ke Pontianak menerusi dua kali penerbanga­n melalui Xpress Air, Indonesia.

“Dengan peningkata­n penerbanga­n harian ke Singapura, Miri kini mempunyai sembilan penerbanga­n terus antarabang­sa.

“Justeru amat penting penerbanga­n ini dipromosi dengan agresif.

“Kita berharap lebih banyak penerbanga­n antarabang­sa menyusul pada tahun depan,” katanya.

Selain itu, perkara kedua yang menjadi keutamaan MBM pada 2018 ialah berkaitan alam sekitar iaitu mengurangk­an penggunaan plastik dan menggantik­annya dengan alternatif lain yang lebih mesra alam.

Beliau berharap dapat bekerjasam­a dengan sektor berkepenti­ngan untuk menjadikan Miri sebagai bandar raya bersih dan hijau untuk generasi akan datang.

 ??  ?? INFORMASI: Sebahagian usahawan mikro yang menyertai Program Pengenalan Aplikasi di Kuching, malam kelmarin.
INFORMASI: Sebahagian usahawan mikro yang menyertai Program Pengenalan Aplikasi di Kuching, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia