Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan bebani ibu bapa dengan yuran tinggi Tidak semua ibu bapa mampu bayar yuran PIBG yang tinggi terutama golongan kurang berkemampu­an

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Ibu bapa tidak harus dibebani dengan yuran Persatuan Ibu Bapa (PIBG) yang tinggi, lebih-lebih lagi bagi golongan kurang berkemampu­an atau miskin.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional Cawangan Sarawak Datuk Wan Zain Syed Mohdzar berkata, tidak semua ibu bapa mampu membayar yuran PIBG.

“Meskipun yuran ini tidak diwajibkan tetapi secara keseluruha­nnya, sama ada suka atau tidak, ibu bapa terpaksa membayarny­a semasa pendaftara­n sekolah,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Menurutnya, bayaran yuran PIBG ditetapkan pada kadar antara RM20 hingga RM50 bergantung kepada keputusan mesyuarat PIBG dan keperluan sekolah.

Bagaimanap­un katanya, penetapan kadar yuran yang tinggi akan membebanka­n ibu bapa terutama jika mempunyai bilangan anak yang ramai.

“Jika mereka mendaftar anak di sekolah rendah dan menengah, maka ibu bapa terpaksa membayar yuran PIBG mengikut kadar ditetapkan kedua-dua sekolah itu,” jelasnya.

Sepatutnya kata beliau, ahli jawatankua­sa PIBG perlu memikirkan untuk memberi pengecuali­an ba- yaran yuran PIBG kepada murid yang ibu bapanya berpendapa­tan rendah.

“Sudahlah ibu bapa ini terpaksa berbelanja banyak untuk sesi persekolah­an baharu, mereka juga terpaksa membayar yuran PIBG,” katanya.

Beliau bagaimanap­un tidak menafikan PIBG yang aktif banyak membantu sekolah dalam memajukan pelajar serta melengkapk­an kemudahan tambahan di sekolah.

Yuran yang dikutip lazimnya digunakan untuk menganjurk­an ceramah motivasi, membina pondok bacaan, membeli buku untuk perpustaka­an, membina dewan dan bangunan tam-

Meskipun yuran ini tidak diwajibkan tetapi secara keseluruha­nnya, sama ada suka atau tidak, ibu bapa terpaksa membayarny­a semasa pendaftara­n sekolah. ” Datuk Wan Zain Syed Mohdzar Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional Cawangan Sarawak

bahan sekolah.

Selain yuran, PIBG turut mengumpul dana melalui pelbagai aktiviti seperti hari keluarga, hari terbuka dan sebagainya.

Bagaimanap­un katanya, terdapat juga sekolah menggunaka­n dana PIBG untuk perbelanja­an kurang sesuai seperti majlis persaraan guru, perpindaha­n guru, pengubahsu­aian sekolah dan sebagainya.

Sehubungan itu, pihak PIBG sekolah tidak harus mengenakan yuran terlalu tinggi dan membebanka­n ibu bapa berpendapa­tan rendah dan sederhana.

 ??  ?? RINGANKAN BEBAN: Abang Mohamad melakukan simbolik perasmian program dengan mengguntin­g rambut salah seorang pelajar terbabit.
RINGANKAN BEBAN: Abang Mohamad melakukan simbolik perasmian program dengan mengguntin­g rambut salah seorang pelajar terbabit.
 ??  ?? WAN ZAIN
WAN ZAIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia