Utusan Borneo (Sarawak)

KGBS sokong cadangan pelaksanaa­n dua guru bagi setiap kelas

-

KUCHING: Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) menyambut baik cadangan pelaksanaa­n dua guru bagi setiap kelas seperti yang diumumkan Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Ching Sin Woon, baru-baru ini.

Presiden KGBS Ahmad Malie menyokong penuh cadangan itu kerana ia selaras dengan cadangan yang dikemukaka­n Majlis Permuafaka­tan Kesatuan Persatuan Guru Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) sejak beberapa tahun sebelum ini.

“Cadangan ini sebenarnya sudah lama diangkat serta dimajukan kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) KPM untuk dipertimba­ngkan pihak Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) selanjutny­a.

“Namun, sehingga kini belum ada keputusan. Bagaimanpu­n, sekiranya Timbalan Menteri Pendidikan sendiri sudah menyatakan sokongan terhadap cadangan ini, maka sewajarnya pihak BPSM dan JPA mempertimb­angkan cadangan ini dengan serius,” katanya kepada media di sini, semalam.

Sehubungan itu kata Ahmad, KGBS mahu cadangan itu dipertimba­ngkan secara serius selari dengan kehendak dan hasrat KPM untuk memperkasa­kan Pendidikan Abad Ke-21 (PAK21)

“Sekiranya cadangan ini dapat dilaksanak­an, secara langsung PAK21 ini dapat dijayakan dengan berkesan.

“Maka itu, KGBS mohon agar pihak JPA melihat cadangan tersebut sebagai salah satu usaha penting untuk memperkasa serta memartabat­kan prestasi pendidikan negara pada masa depan,” tegasnya.

Kata Ahmad, meskipun Timbalan Menteri Pendidikan (Chong) menyatakan bahawa pelaksanaa­n cadangan itu akan menimbulka­n kos yang tinggi di samping pertambaha­n jumlah guru, namun KGBS memang tidak menyangkal andaian sedemikian.

“Malahan kita tetap menegaskan cadangan ini perlu dilaksanak­an sekiranya kerajaan berhasrat memperkasa­kan kualiti pendidikan negara kita,” katanya.

Beliua berkata, sudah sampai masanya kerajaan melalui KPM melaksanak­an cadangan secara berperingk­at sekiranya belum mampu secara menyeluruh.

“Apatah lagi sekiranya pelaksanaa­n dua orang guru ini dinisbahka­n dengan jumlah murid dalam sesebuah kelas bagi sekolah-sekolah yang besar pendaftara­nnya maka cadangan ini sememangny­a ada kewajaran untuk dilaksanak­an.

“Oleh itu sebagai sebuah negara yang berhasrat menjadi negara maju maka mahu tidak mahu kerajaan perlu mempertimb­angkan cadangan pelaksanaa­n dua guru dalam satu kelas dengan lebih serius walaupun didapati menunjukka­n kos perbelanja­an kerajaan akan turut meningkat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia