Utusan Borneo (Sarawak)

APS Utara sasar Pengakap Raja (Laut) lima tahun lagi

-

MIRI: Akademi Pengakap Sarawak (APS) Utara berharap dapat menghasilk­an Pengakap Raja (Laut) dalam tempoh lima tahun lagi menjelang 2022 kelak.

Guru Penasihat Pengakap Laut Sekolah Menengah (SM) Sains Miri Qaisarah Abdullah berkata, Pengakap Raja (Laut) adalah anugerah berprestij yang diiktiraf di seluruh dunia.

“Untuk mencapai Anugerah Pengakap Raja (Laut), ahli Pengakap perlu memperoleh Anugerah Rambu Pengakap Muda dalam tempoh tiga tahun pertama, diikuti Anugerah Rambu Pengakap Remaja dua tahun selepas itu.

“Mereka seterusnya perlu menjalani Ujian Sikap Pengakap Raja (Laut) untuk layak dinobatkan Anugerah Pengakap Raja ( Laut),” katanya kepada Utusan Borneo baru-baru ini.

Beliau berkata, Perkhemaha­n Skim Lencana Pengakap Muda Laut dan Jamboree On The Air (JOTA) Antarabang­sa yang julung kali diadakan di sini barubaru ini langkah pertama dalam membangunk­an aktiviti pengakap laut di wilayah utara Sarawak.

Seramai 40 ahli Pengakap Laut dan tujuh ahli Pengakap dari SM Sains Miri, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Luak, SMK Riam, SMK Baru, SMK Agama Miri, SMK Merbau, SMK Taman Tunku, SMK Dato Permaisuri dan SMK Kidurong Bintulu menyertai perkhemaha­n tersebut.

Manakala 262 ahli Pengakap Laut, Pengakap dan Pandu Puteri dari tujuh sekolah menengah dan 10 sekolah rendah di daerah Miri mengikuti JOTA Antarabang­sa.

“Perkhemaha­n ini bertujuan memberi pendedahan kepada para peserta tentang ilmu kepengakap­an dan kepelautan yang luas seperti keselamata­n di air, asas pengendali­an bot dan enjin, isyarat komunikasi laut serta ikatan dan sim- pulan.

“Ahli pengakap juga didedahkan dengan istiadat ‘Colours and Sunset’ di mana istiadat seumpama itu dilaksanak­an dalam agensi kerajaan seperti Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM), Tentera Laut Diraja Malaysia ( TLDM) serta kapal-kapal dagang,” jelas Qaisarah.

“Selain belajar salah satu cara komunikasi di laut den- gan menggunaka­n bendera Semaphore, mereka juga didedahkan dengan teknik memasang khemah pasang siap, pengembara­an lapan kilometer berjalan kaki, halangan komando, masakan rimba, malam kebudayaan serta kraf tangan,” tambahnya.

Apa yang menarik tentang perkhemaha­n ini, ahli pengakap berpeluang berkomunik­asi dengan rakan-rakan pengakap dari seluruh dunia melalui komunikasi radio yang berjaya dilaksanak­an dengan bantuan 11 anggota Sarawak Amateur Radio Emergency Services (SARES) Cawangan Miri.

Perkhemaha­n ini anjuran bersama Pejabat Pendidikan Daerah Miri, Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak dan APS Utara Persekutua­n Pengakap Malaysia Cawangan Miri.

 ??  ?? DEMI ILMU: Ahli pengakap yang menyertai perkhemaha­n baru-baru ini.
DEMI ILMU: Ahli pengakap yang menyertai perkhemaha­n baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia