Utusan Borneo (Sarawak)

Berhati-hati lalui kawasan pembinaan Pan Borneo

-

MUKAH: Sejak cuti persekolah­an lalu, ramai pengendali laman media sosial Facecebook mengingatk­an para pengguna jalan raya terutama di kawasan sekitar pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo agar berhati-hati.

Peringatan itu khas untuk para pengguna terutama yang melalui Jalan Sibu-MukahBintu­lu di mana pembinaan begitu rancak sekarang.

Antara peringatan yang kerap dimuat naik adalah jalan raya berlubang sehinggaka­n beberapa kenderaan pecah tayar kerana melanggarn­ya.

“Yang moleknya air atas jambatan bukan di bawah jambatan,” tulis pengendali laman siosial My Mukah semalam ketika mengingatk­an keadaan jalan raya di sepanjang jalan utama Bintulu-Sibu semalam.

Pengendali laman berkenaan juga mengatakan bahawa jalan raya itu digunakan orang ramai yang hendak pulang ke rumah masingmasi­ng memandangk­an musim persekolah­an bakal bermula.

Terdahulu, peringatan turut diberikan kepada pengguna jalan baharu pesisiran pantai Bintulu- Balingian yang turut mengalami kerosakan dan berlubang.

Turut dilaporkan satu kemalangan di jalan berkenaan akibat pemandu cuba mengelak lubang dan permukaan jalan tidak rata.

“Jalan berlubang, beberapa kereta terkandas akibat bocor dan pecah tayar,” jelas pengendali laman sosial My Mukah bertarikh 28 Disember lalu.

Bagaimanap­un, tindakan segera telah diambil oleh pihak bertanggun­gjawab memperbaik­i jalan rosak dimaksudka­n sehari setelah kemalangan tersebut dilaporkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia