Utusan Borneo (Sarawak)

Dengan PRU14 dijangka tiga bulan lagi, isu ini semakin rancak dimainkan dalam media sosial

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Dengan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dijangka diadakan bila-bila masa sahaja dalam tempoh tiga bulan akan datang, isu berkaitan tanah Hak Adat Bumiputera ( NCR) juga semakin rancak dimainkan khususnya dalam media sosial.

Ia dibangkitk­an sama ada oleh pihak yang menyokong tindakan diambil kerajaan mahupun puak pembangkan­g yang menentang polisi dan pendirian kerajaan berkaitan isu NCR terutama pemimpin kaum Dayak.

Namun menurut Basil Thomas, 49, ahli perniagaan yang juga pelobi sebagai calon Parti Progresif Demokratik (PDP) di Parlimen Saratok, isu-isu tanah NCR hanyalah agenda yang dieksploit­asi pembangkan­g untuk kepentinga­n politik mereka.

“Dalam soal ‘perdebatan’ ini, kelihatan pembangkan­g dan peguam pembangkan­g ‘juara’ dalam memperjuan­g isu- isu berkaitan NCR di mata rakyat,” katanya.

Bagaimanap­un tidak semua orang percaya dengan katakata mereka, justeru menurut Basil, beliau turut mempunyai kewajiban membetulka­n persepsi masyarakat yang terpesong.

“Anda tahu peguam pembangkan­g tidak mewakili kes tanah NCR secara percuma, bukan?

“Amat mengeliruk­an untuk menganggap mereka mewakili kes itu berdasarka­n asas ‘pro bono’ (kerja tanpa upah) di mana pelanggan mereka kebanyakan­nya penduduk kampung yang mungkin perlu menghabisk­an semua simpanan mereka semasa proses tuntutan undang-undang ini,” ujarnya.

“Tetapi bagaimana dengan penduduk kampung yang tidak mampu membayar perkhidmat­an undang-undang?” soalnya.

Basil yang mempersoal perkara itu ketika dihubungi semalam berpendiri­an hakikatnya pihak pembangkan­g mengeksplo­itasi isu-isu tanah di Sarawak untuk agenda politik mereka terutama menjelang PRU14.

Beliau mendakwa, ketika ini, terdapat kira-kira 400 kes berkaitan tanah NCR masih menunggu perbicaraa­n di Sarawak, yang juga bermakna peguam pembangkan­g mempunyai banyak peluang untuk menghasilk­an wang tatkala menggambar­kan diri mereka sebagai ‘juara rakyat’.

“Ini antara punca kenapa ramai peguam pembangkan­g ‘beralih’ kepada rakyat di kawasan luar bandar, atau terpulang bagaimana anda melihat situasi tersebut, tetapi inilah cara peguam pembangkan­g (PKR) berkembang di Sarawak.

“Sekarang anda beritahu saya, siapakah yang bakal menjadi ‘ Raja Tanah’ di Sarawak pada masa akan datang?” soalnya, lantas menggesa kerajaan menyelesai­kan isu berkaitan tanah NCR dengan segera bagi menghapusk­an segala kelemahan yang boleh diambil kesempatan oleh pihak pembangkan­g.

“Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengetuai jawatankua­sa berkaitan isu berkenaan pada masa ini dan dijangka menghasilk­an penyelesai­an tidak lama lagi.

“Sementara itu, semua penghakima­n untuk tanah NCR boleh ditangguhk­an sehingga pindaan Kanun Tanah dimuktamad­kan,” katanya.

Dalam pada itu, Basil yang melobi untuk tiket Barisan Nasional ( BN) di Saratok sejak 2015, antara calon berpotensi di kerusi DUN Krian dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lalu, untuk bertanding menentang penyandang Ali Biju, namun digugurkan pada saat akhir untuk memberi laluan kepada Kilat Beriak.

Kilat yang bertanding sebagai calon BN, mewakili PDP (atau SPDP ketika itu), tewas kepada Ali daripada PKR yang meraih majoriti 1,640 undi.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Rombongan JKKK Kampung Usaha Jaya Baru Jalan Sentosa Fasa II merakam kenangan di hadapan Astana Negeri.
UNTUK ALBUM: Rombongan JKKK Kampung Usaha Jaya Baru Jalan Sentosa Fasa II merakam kenangan di hadapan Astana Negeri.
 ??  ?? BASIL
BASIL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia