Utusan Borneo (Sarawak)

Dayak perlu lebih peka terhadap apa jua perubahan

-

KUCHING: Masyarakat Dayak perlu lebih peka terhadap apa jua perubahan dalam menghadapi arus pemodenan yang pesat membangun saban hari.

Pengerusi Kumpulan Pemikir Dayak (DTTG) Cawangan Kuching Sybestine Gambong berkata, ia penting supaya golongan itu tidak ketinggala­n dan mampu berdaya saing dengan masyarakat lain di negara ini.

“Sempena menyambut Tahun Baharu 2018, kita harap kaum Dayak akan mengambil inisiatif untuk mempersiap­kan diri dalam menangani perubahan yang berlaku tidak kira daripada aspek pendidikan, kerjaya mahupun sosioekono­mi.

“Ingatlah, apa yang kita lakukan itu adalah untuk kebaikan dan pembangu- nan masyarakat Dayak dan generasi seterusnya,” kata beliau kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Menurut Sybestine, perubahan ( kepesatan pembanguna­n dan pemodenan) berlaku pada setiap masa dan ia bukanlah sesuatu yang perlu digeruni.

“Apa yang perlu kita (masyarakat Dayak) buat adalah kita harus bijak merebut peluang untuk memajukan diri.

“Dan salah satunya adalah dengan berpandang­an jauh serta luas dalam apa jua bidang yang diceburi.

“Saya optimis dengan cara ini, masyarakat Dayak akan lebih maju dan dapat berkongsi idea dan pendapat terutama berkaitan kemajuan pendidikan, sosioekono­mi dan sebagainya terutama dalam menghadapi arus pemodenan ini,” katanya.

Dalam pada itu, Sybestine turut mengajak masyarakat Dayak supaya terus bersatu padu dan bekerjasam­a antara satu sama lain bagi membolehka­n keharmonia­n sesama mereka terpelihar­a.

 ??  ?? SYBESTINE GAMBONG
SYBESTINE GAMBONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia