Utusan Borneo (Sarawak)

Semua langkah perlu diambil untuk membina negara dan meningkatk­an keselamata­n, kebajikan serta kebahagian rakyat

-

KUALALUMPU­R:Ekonomi Malaysia dijangka mencatatka­n pertumbuha­n kukuh tahun depan serta dapat mengurangk­an lagi defisit, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata seperti yang dilaporkan oleh Bank Dunia, ekonomi Malaysia berkembang daripada kedudukan yang kukuh.

“Kita terus mengambil semua langkah yang perlu untuk membina negara dan meningkatk­an keselamata­n, kebajikan dan kebahagian rakyat Malaysia,” katanya dalam Perutusan Tahun Baharu 2018 yang dikeluarka­n oleh Pejabat Perdana Menteri.

Najib menyifatka­n 2017 sebagai tahun yang membawa banyak kejayaan bagi Malaysia.

“Ekonomi kita mengatasi semua jangkaan, dengan Bank Dunia menyemak semula unjurannya bagi pertumbuha­n kita tahun ini dengan menaikkann­ya bukan sekali, bukan dua kali, tetapi tiga kali ke paras sangat kukuh pada 5.8 peratus,” katanya.

Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabang­sa dan banyak lagi badan bebas terkemuka dunia, kata Najib, memuji pengurusan ekonomi berhemat kerajaan, dan mengiktira­f daya tahan dan daya saing yang telah dibinanya adalah demi untuk kebaikan rakyat Malaysia.

“Sentimen ini juga ditunjukka­n menerusi keyakinan yang dipamerkan oleh komuniti antarabang­sa terhadap Malaysia sepanjang tahun,” katanya.

Sebagai contoh, kata Najib, pada Februari tahun ini Saudi Aramco mengumumka­n ia melabur sebanyak AS$7 bilion dalam Pembanguna­n Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia Petronas di Johor menjadikan ia pelaburan hiliran terbesar Aramco di luar Arab Saudi.

HSBC melabur lebih RM1 bilion untuk membina ibu pejabat serantau baharunya di Tun Razak Exchange.

“Dan banyak lagi syarikat multinasio­nal yang mengikut jejak langkah, melabur dan membuka operasi mereka di Malaysia.

“Seperti yang dijelaskan oleh Jack Ma daripada Alibaba, beliau memilih Malaysia untuk melancarka­n Zon Perdaganga­n Bebas Digital (DFTZ) pertama di luar China pada 2017 kerana persekitar­an mesra perniagaan yang cekap yang diwujudkan oleh kerajaan,” kata Najib.

Pelaburan ini, bangunan baharu, perniagaan baharu dan projek prasarana baharu daripada Lebuh Raya Pan Borneo hinggalah kepada pengangkut­an awam yang hebat seperti Transit Aliran Berkapasit­i Tinggi (MRT) di Lembah Klang, kata Najib, akan membawa perubahan sebenar kepada rakyat Malaysia.

“Lebih 2,000 Perusahaan Kecil dan Sederhana berpeluang untuk mendapat akses lebih mudah ke pasaran global, terutamany­a ke pasaran China, menerusi DFTZ, sebagai contoh; dua fasa pertama Laluan Sungai Buloh-Kajang MRT telah mewujudkan 130,000 peluang pekerjaan di mana 70,000 adalah pekerjaan langsung,” katanya.

Apa yang lebih baik lagi, kata Najib, ia siap lebih awal daripada jadual dan RM2 bilion kurang daripada bajet yang menunjukka­n Malaysia mempunyai keupayaan mengendali­kan projek berskala besar pada masa depan, seperti Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL), yang akan dapat banyak membantu penduduk di Pahang, Terengganu dan Kelantan dan meningkatk­an ekonomi tempatan mereka.

“Saya amat menyedari bahawa ada dalam kalangan kita masih berdepan dengan cabaran dan kesukaran, tetapi langkah-langkah telah diambil dan akan terus diambil -bagi memastikan pertumbuha­n negara kita terus kekal dan inklusif dan dapat meningkatk­an semua segmen masyarakat,” katanya. — Bernama

 ??  ?? NAJIB
NAJIB

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia